Macam Suka Jer! Macam suka jer! Macam suka jer! Terima kasih Sinar Harian!!

Alhamdullillah syukur pada Allah, cerita Kelab Kembar Malaysia telah keluar di akhbar Sinar Harian bertarikh 11 Nov 2013.
Diharapkan ada pihak dapat membuka mata dan memberi sokongan kepada Kelab Kembar ini dalam membantu keluarga-keluarga kembar yang memerlukan pertolongan. Ini kerana tidak semua keluarga kembar hidup senang. Kebanyakkannya dari golongan sederhana. Cabaran membesarkan anak kembar memang berbeza dari biasa. Perbelanjaan pun ganda dua atau tiga atau empat!

Tapi itu semua tak menghalang kami ibubapa kembar membesarkan anak-anak kembar secukup yang boleh sama seperti ibu bapa yang lain. Apa yang penting keseronokkan dalam membesarkan anak-anak kembar yang berbagai kerenah nih! Hihihi

Ok jom baca cerita di akhbar Sinar Harian
Klik Sini Untuk Berita Sinar Harian Online

Di samping itu marilah kita bersama-sama sedekah Al Fatihah untuk kembar siam Nur Shazwanie dan Nur Shazrinie yang meninggal dunia semalam akibat komplikasi jantung. Al Fatihah..


Klik sini untuk berita di Harian Metro Online  dan Sinar Harian Online

Ulasan

PinKy MoMMa berkata…
tahniah utk KKM..betul2 tak semua dari golongan yg senang..nak membesarkan kembar mmg mencabar..tp sbgai mak ayah..kita cuba beri yg terbaik..moga Allah permudahkan..

al fatihah buat kembar yg pergi..moga ibu bapanya kuat..anak syurga menanti kalian..sobs..
asyifamustaffa berkata…
Bestnya dpt kembar...anak buah sy juga pregy kembar...awal thun dpn bru besalin...sy plak yg x sabar...hehe...

Alfatihah buat kembar yg telah pergi....
Mawardi yunus berkata…
tahniah :) ..

Al-Fatihah buat yang telah pergi

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!