Berita baik untuk penjawat awam tetap dan kontrak!

Assalammualaikum Abah nak kongsi berita baik nih buat kawan-kawan yang kerja gomen baik yang tetap ataupun kontrak.

Kerajaan dah umumkan 9 berita baik untuk penjawat awam. Rezeki nak pilihanraya agaknya! hehehe Ye lahh.. sebelum nih kecoh-kecoh penjawat awam naik gaji tahun 2013 nih, naik elaun perumahan sampai RM400 laa.. maunya tak sabar nak tunggu pengumuman rasmi tu! dan hari ini adalah harinya pengumuman rasmi tu keluar!

Antara 9 perkara tu...

*************************************


1 - Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52;

2 - 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian;

3 - Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini;

4 - Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;

5 - Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;

6 -  Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013;

7 - Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;

8 - Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca";

9 - Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion;

********************************

Kesemua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST) - yang menggantikan Sistem Baru Perkhidmatan Awam dan akan berkuatkuasa 1 Julai nanti.


Sumber: SinarHarian




Nota Kaki Abah:
Dari apa yang Abah paham, kenaikan gaji tahunan tu diawalkan jer.. sebab kerajaan memang bagi kenaikan gaji tiap-tiap tahun cuma untuk tahun ni diawalkan. Abah rasa untuk penjawat awam kontrak tu kalau berkelayakan sepatutnya diorang boleh diserapkan ke perkhidmatan tetap. Tapi itu semua terpulang pada kerajaan kerana nak buat kajian menyeluruh kemudian... Untuk berita ni takde pula cerita pasal naik elaun rumah pulak. Tunggu jerlah kalau ada rezeki Alhamdullillah


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!