Ambulan datang ambil Mama!

Petang kelmarin Abah dapat mesej dari Mama. Dia beritau dia jatuh tangga tergelincir suruh Abah balik cepat. Abah dapat baca pun selepas sampai rumah lepas parking motor. Tiba-tiba teringat pula nak tengok mesej. Bila baca Abah terus dapatkan Mama, tengok-tengok dia dah terbaring kat tilam tak bergerak tapi tengah cakap dengan telefon laa.. Agaknya cakap dengan opah kot.. 

Bila Abah nak bawa dia pergi hospital dia kata, takpe-takpe takde apa-apa kot... uishhh... maunya tak risau dah jatuh terduduk bahawa woo... lagi laa risau... tambah-tambah lagi ada baby dalam perut Mama tuh.. dah empat bulan dah.. risau wooo... APA!! ada baby dah!! Alamak! kena tuka nama blog ker haah?? hehehehe Abah saje jer tanak cerita sebelum nih sebab Mama pesan jangan tulis kat blog.. tapi memandangkan Mama sendiri dan umumkan kat FB dia.. ahhh Abah nak cerita laa kat sini! hehehe

Ok sambung balik cerita Mama jatuh. Lepas tak tau nak buat apa tu, Abah teringat jiran depan rumah Abah tu seorang jururawat. Abah pun takpe berlengah lagi (perh! ayat novel! hahaha Najeeb ko jangan gelak!) terus jumpa dia. Abah panggil dia Lin. Lin kat kena bawa pergi hospital nih nanti dia tolong call ambulan. Sambil tunggu ambulan sampai tu Abah tak tau nak buat apa jadi mengenangkan anak anak anak anak tak makan lagi Abah gorengkan telur dadar sayur campur kat diorang huhuhu... sedih tak reti masak benda lain!

Bila Ambulan sampai Abah dengan suami Lin, Lan, dan dua orang dari ambulan tu angkat Mama. Risau laa kalau jadi apa-apa kan.. takkan nak biarkan jer... kalau Abah ikut cakap Mama tak mau pergi hospital tu tak tau laa apa jadi kan?! Lin pun cakap dia nak tengokkan Mama kat hospital, Abah duduk rumah jaga AMRAFAHAN. Masa angkat Mama nak masuk ambulan tu, si Kakak ke sapa tah tanya tak ingat Abah.. hehehe... Baby nak keluar ke Abah? ehh taklah.. belum lagi.. Mama sakit belakang tuh! jawab Abah. Ooohhhh jawab Kakak... pangjang OOoo nya.. hehehe comel!

Tengok muka diorang pun macam risau juga laa kenapa Mama kena masuk Ambulan kan? Tapi Abah buat-buat sejuk (cool) kekeke macam takde apa-apa, terus ajak diorang masuk rumah dan makan telur dadar yang Abah goreng tu. Lepas tu Abah buatkan susu campur Milo untuk diorang seorang secawan dan ajak diorang tidur. Agaknya dah mengantuk sangat jadi senang laa diorang tidur kecuali si Abang masih tengok TV lagi.

Alhamdullillah bila Mama call Abah dia kata baby ok, cuma tak dapat nak x-ray tulang belakang sebab tengah mengandung. Terima kasih laa pada jiran Abah Lin dan Lan sebab bantu kitorang, sampai Mama balik pun Lin hantarkan. Mama kata doktor inject untuk tahan sakit.

Hari ini Mama masih berehat lagi kat rumah. Rumah dah rupa tongkang pecah. Dah dua pagi Abah kekalutan menyiapkan anak-anak seorang diri. Nasib laa diorang dah besar, kalau masih kecil mau lagi kekalutan Abah nih! hehehe

Moga Mama cepat sembuh dan sihat laa yer. Amin... InsyaAllah.


Ambulan datang ambil Mama


Nota Kaki Abah:
Berbaik-baik kita dengan jirang kita, jika masa kita susah, jiranlah orang terdekat tempat nak kita minta bantuan. Alhamdullillah Abah dikelilingi jiran-jiran yang baik belaka!


Ulasan

Unknown berkata…
Alhamdulillah tak ape2..
Macam dah agak bila Abah kata nak kena tukar nama blog..hihi.

Semoga Mama AMRAFAHAN cepat sembuh dan sihat selalu :)
aizamia3 berkata…
Wah.. tahniah..
Dan syukur xde pape.. ;)
Riena Amiera berkata…
Alhamdulillah xada ape2..
Unknown berkata…
alhamdulillah..keduanya selamat..

tahniah buat amrafahan sekeluarga.. sebaya la ngan anak kami nanti.. tapi due saya dekat dah..19/2.. hihikk..

semoga mama cepat sembuh dan sihat selalu..
mama maman aka yana berkata…
yer.. berbaik la sesama jiran.. :)

moga mama amrafahan selamat berserta baby..
lokmanfirajunior berkata…
Syafakillah mama!
And congrats amrafahan bakal dapat adik!! syoknya la dorang nanti..bertambah geng..
Semoga dipermudahkan segala urusan yek. go Abah, jadi superDaddy la sepjg mama sakit nih..hehe :)
Lulu Caldina berkata…
pengajarannya, kenalah belajar masak kan.. hehe.. nasib baik tak apa2.. extra careful lain kali :)
ida berkata…
nasib baik takder apa apa...jaga K Hany tu baik2 yerr....
Miss Brenito berkata…
kita da wish kat mama..now nk wish kat abah..

CONGRATZZZZZZZZ...abg n auni auni auni nk dpt beby triplet lg..hihihihi
NorrShakor berkata…
Alhamdulillah x ada pape..mama jaga diri dan baby tau..
wah!sonok la abah ye nak tambah anak ni..Rezeki kan..
mesti amrafahan tak sabo2 nak tunggu adik keluar..hehehe
tahniah ye..
harap2 semuanya selamat
TwinQsMummy berkata…
Semoga kak hany cpt sembuh..bertabahla wahai abahnye iye? Evrything comes with a reason. Allah will always be there for u & family. Amin..
muslimah rempit berkata…
Tahniah....
Semoga Allah murahkan rezeki lagi dengan murahnya rezeki anak-anak...





psssttttt : Kak So nampak sesuatu..... Tarik FZ juga yer? camner boleh tergoda dengannya....
Amacam bawa.... buat entri yer nanti pasai Fz...heheheh Terima kasih..
mama wanie berkata…
semoga your wife cepat sembuh....
Mama Kembar Tiga berkata…
wahhh dah nak tambah ahli keluarga, besttt! Congrats!

Alhamdulillah both mama & baby sihat, and moga terus sihat walafiat sepanjang preggy sampai laa lepas bersalin nanti. tak sabar nak tgk adik amrafahan nanti :-)
||aLeaSaRa|| berkata…
wah dh preggy tahniah!tau dr blog sis izan ^^

smga keadaan sis ok,jgn lupa update entri nk tau next story...risau gak...
Ayang Anim berkata…
semoga hany cepat sembuh, dan tak mudarat sakit belakang tu.. insya Allah, anak kite sebaya,, cuma kak nim tgh menghitung hari sekarang... cepat sembuh ye....
Unknown berkata…
alhamdullilah..semoga mama cepat sembuh ya.
suami sy pun sam juga risau.. masa sy mengandung pernah tergelincir..
Suria Amanda berkata…
SA duk condo, jiran2 jenis x campur hal orang...susah..
Unknown berkata…
eh......patutlah tersedak.. ada org tulis novel sebut nama kita plakkkk... hahahaha!

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!