PATI mauk pulèngg!

Alhamdulillah Abah baru habis bersukan! Bersukan laa sangat!!! Hahaha janji keluar peluh selepas beberapa tahun tak keluar peluh dengan cara macam nih! Sekarang ini dalam perjalanan balik ke Seremban dengan budak opis Abah. Insya Allah selamat, dah rindu kat AMRAFAHAN!

Sampai Johor hari Jumaat lepas, malamnya Abah main bowling, alaa cuci longkang bowling kat Danga City Mall tu, kotor sangat!  Hehehe, esoknya pula Abah jadi tukang ambil gambar kawan-kawan Abah main badminton jer! Hehehe kalau Abah main nanti jadi penyebab kekalahan pasukan Abah yang sedia memang dah kalah! Mama lagi terrer main badminton jika dibandingkan dengan Abah. Huhuhu

Pagi tadi pula main futsal, punya laa lama tak main futsal, kasut futsal Abah siap ada sarang labah-labah lagi!! Tapak kasut pun dah keras, siap merekah lagi! Hehehe Tapi sempat laa main 7 8 minit, itu pun rasa macam nak pecah dada! Sehinggakan seluar track suit Abah rasa longgar! Kekeke punya lah menipu nyer!! Alaa... nak tunjuk Abah dah kurus sekejap! ! Bolehkan?! Huhuhu

Abah cuma risau sikit nak balik nanti dari Seremban ke Putrajaya, kena drive sendiri, maklumlah wallet tinggal, tapi buat selamba jerlah! Petang-petang macam ni, hujan lebat pula tu, takde polis buat road block ke apa ke hendaknya huhuhu

Oklah nak tidur kejap, sedap tidur dalam kereta ni kat luar tu hujan pula... sejukkk!!!

Ulasan

iyan shazlind berkata…
harap selamat pulang rumah tanpa ditahan sama pak polisi ya hehehe
Mama Kembar Tiga berkata…
haloo pak sudah selamat sampai ke? hehe

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!