Sekeluarga tak sihat!

Balik dari Pangkor hari tu, Abah demam dengan batuk-batuk. Kat rumah AMRAFAHAN dan Mama pun demam dan batuk. Cuti Sabtu Ahad yang lepas nih, semua orang melepek kat rumah jer. AMRAFAHAN demam bergilir-gilir. Lepas sorang, sorang lagi demam panas. Semalam si Adik demam panas. Jumpa doktor dah minggu lepas, cuma sekarang nih makan ubat yang doktor beri jerlah.

Sekarang ini Abah kat Klinik Kesihatan P9, baru lepas kena x-ray dada. Dah 3 hari batuk teruk, sampai sakit dada. Abah syak macam kena jangkitan kuman, sebab dulu pernah kena. Tapi tak tau laa tunggu doktor cakap apa. Ni nak sampai no giliran ada +- 200 nombor lagi. Sabar jerlah. Walaupun kena tunggu, klinik gomen kat sini servis dia ok lagi berbanding swasta. Sebab pernah terkena, pergi 2 3 kali, caj mahal, ubat sama jer, baiknya tak juga. Tapi ini pengalaman Abah laa, korang mungkin lain. Isunya kena tunggu lama jer kalau ke klinik gomen nih.

Bila Abah tengok x-ray Abah nih, macam kena pneumonia jer. Harap-harap bukan batuk kering ke apa ke, ermm.. Seingat Abah, tak lah contact dengan mana-mana pesakit TB. Batuk nih sampai Abah hilang suara laa... Huhuhu Suara jadi rock rock bangau! Hehehe macam tau jerkan suara bangau macam mana!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Ulasan

Mama Kembar Tiga berkata…
salam. moga cepat sembuh ye. harap harap dpt beraya dgn happy & sihat semuanya :-)
SURIA AMANDA berkata…
salam...mintak dijauhkan la..get well soon..
Tanpa Nama berkata…
ada masuk kuari tak pakai musk ke?

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!