Kecil-kecil dah melatah!

Haiii lah anak! Mana belajar pun Abah tak tau, mungkin kat taska kot! Hehehe... Si Kakak nih dah pandai melatah! Bila dia main lepas tu terjatuh sikit ke buat-buat terjatuh, dia akan cakap "Opocot! jatuh pulak!" "Opocot! Kakak jatuhhhhhh!!" (nada merundum!) Bila Abah perhatikan dia, memang akan senyum sendiri laa.. geleng kepala dengan perangai melatah Kakak nih!

Ada satu hari tu, Abah saja laa sakat dia! Main-main opocot dengan Kakak! kiranya macam usik-usik dia lepas tu Abah melatah laa sebut opocot juga! Tengah main-main tu, agaknya asyik kalah jer dengan Abah, tiba-tiba Kakak sebut "Abahpocot! Abahpocot!" hahahaha terus tergelak Abah! Ada jer idea si Kakak nih! Pagi tadi pun selepas Abah siapkan diorang, si Adik dengan si Kakak main pocot-pocot nih! kata Adik "Kakakpocot! kakakpocot!" si Kakak balas "Adikpocot! Adikpocot!" lepas tu tergelak sesama sendiri! Abah yang tengah gosok baju masa tuh pun tergelak sekali sebab diorang main belakang Abah jer masa tuh! Kelakarlah anak-anak Abah nih! hehehe

Ulasan

EPIK berkata…
hahaha...xbole nk imagin lak dak kecik mlatah...slalu tgk org tua je...

Hotel Dibina Atas Pokok

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!