TIGER BALM NECK & SHOULDER RUB ubat untuk sakit ketegangan leher dan bahu

Model Tiger Balm Neck & Shoulder Rub!

Korang pernah try tak ubat ni? Tiger Balm Neck & Shoulder Rub? Abah dah cuba dah! Memang berkesan! Kelmarin Abah sakit leher dan bahu, Mana taknya, AMRAFAHAN taknak lepaskan Abah, nak naik tangga kena dukung, nak turun tangga kena dukung, bukannya sorang Abah dukung, tapi ketiga-tiga sekali Abah dukung! Kadang-kadang si Abang pun nak menyelit sekali. Biasanya si Abang akan berpaut kat belakang Abah, tangan dia pegang pada leher Abah... haa.. amik ko! Boleh tergeliat juga laa kalau salah cara tuh! Bila rasa sakit kat leher dan bahu tu, Abah sapu Tiger Balm Neck & Shoulder Rub Boost.. masa tu waktu tengahari, dan yang menariknya! Kesannya boleh dikatakan serta merta dan tahan lama boleh sampai ke malam!! Memang lega laa rasanya! Lagipun ianya tak berminyak, senang disapu dan menyenangkan bau dia!
Tiger Balm Neck & Shoulder Rub memang dirumus khas bagi melegakan ketegangan kesakitan sekitar leher dan bahu. Ianya cepat meresap ke dalam kulit sebab bila Abah lepas sapu jer, terus rasa kesan dia! Legaa ko!! Bau Tiger Balm Neck & Shoulder Rub ini segar dan menenangkan! Tiada lagi bau minyak angin yang biasa kita gunakan!

Disebabkan saiznya yang kecil hanya 50g, dan di datangkan dalam 2 variasi, kini Abah bawa ke mana-mana saja Tiger Balm Neck & Shoulder Rub & Tiger Balm Neck & Shoulder Rub Boost. Tiger Balm Neck & Shoulder Rub didatangkan dengan Bau Lavender yang menenangkan dan memberikan kelegaan yang berpanjangan bagi sakit ketegangan leher dan bahu. manakala Tiger Balm Neck & Shoulder Rub Boost didatangkan dengan bau yang menyegarkan dan menyamankan. Sesuai dengan namanya Tiger Balm Neck & Shoulder Rub Boost memberikan kekuatan tambahan untuk melegakan sakit ketegangan leher dan bahu yang teruk! Kadang-kadang dengan cara hidup kita yang sibuk, kita tidak sempat untuk pergi berubat dan berurut jika mengalami sakit leher dan bahu ni! Jangan memain dengan sakit leher ini! Abah pernah kena sampai tak boleh nak palingkan kepala ni! Dah macam robot dah! Tapi dengan adanya Tiger Balm Neck & Shoulder Rub yang sentiasa ada dalam pouch bag Abah, Abah boleh mengurut leher dan bahu Abah yang sakit pada bila-bila masa yang Abah perlukan!

Dengan design yang moden dan anggun serta warna yang menarik, Tiger Balm Neck & Shoulder Rub lebih menonjol berbanding produk saingan yang ada di pasaran.
Korang pun tau kan, Tiger Balm Neck & Shoulder Rub nih dibuat oleh syarikat yang dikenali dan dipercayai seluruh dunia  sejak zaman berzaman lagi! Tiger Balm Neck & Shoulder Rub ada dijual di farmasi-farmasi utama seluruh Malaysia dan di AEON Wellness Stores.



Korang juga boleh dapatkan maklumat lanjut di laman web www.tigerbalm.com ataupun terus berhubung +603-79660763 untuk pertanyaan lanjut.


Ulasan

Rdimple berkata…
oo ee ya ker ?? boleh lar kita try jugak... :)
AY berkata…
follow here.. jom follow afiq juga.. huee
Sheila Adziz berkata…
blh try ni... cutenyer model2 tiger balm tu... hehe
Unknown berkata…
ala..la...comeynyer anak-anak dara nie....bestnyer geram nengok

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!