Cacing oh cacing!

Hari ini Abah amik halfday. Dah bitau boss dah.. dah isi borang dah!! Hari ini nak bawa AMRAFAHAN pergi klinik sebab ada checkup bulanan, hari tu Mama call klinik katanya nak bagi ubat cacing. Ermm.. bagus juga, tak payah beli. Terima kasih kerajaan! hehehe...

Tapi hari ini Abah kena bawa AMRAFAHAN sorang-sorang, sebab Mama ada kursus. Ermm.. boleh ker Abah bawa diorang nih.. huhuhu.. dah lama tak bawa diorang klinik sorang-sorang nih.. Dulu senang laa duduk dalam stroller jer.. sekarang ni mana nak sangat duduk stroller tu.. kalau nak duduk pun mesti kejap jer.. kang kalau dah tengok budak-budak lain bergumbira kat klinik tu, mesti dorang mau join juga! Ermm... harap-harap Abah tak jadi tarzan dalam klinik tu nanti. Hehehe. Ermm... Ingat nak bawa baju lebih laa.. nanti lepas pergi klinik boleh mandi kat kolam kanak-kanak kat sebelah klinik tu nanti.. Boleh Abah mandi sekali! kekeke...

Ermm.. berbalik kepada cerita cacing  nih, betul ke kalau anak-anak tidur menonggeng, dalam perut dia ada cacing?? Apa pendapat korang?

Gambar ni masa tengah berkelah kat belakang rumah! hehehe
Dari kiri: Angah, Kakak dan Adik dan si Abang berbaju hitam
Si Adik tengah suap makan pun sempat buat peace lagi! hehehe

Ulasan

Unknown berkata…
bestnya berkelah kat belakang rumah je..hehe..nampak luas ek..

tak pernah lagi bagi ubat cacing kat bebudak tu..mak mak dulu ada gak kata kalau tidur menonggeng banyak cacing..tapi tatau la betul ke tidak..
UmmiAbi berkata…
ummi de tnye doc tentang hal ni..Doc kata xsemestinya tido tonggeng anak de cacing.Maybe diorang selesa mcmtu... Tp lau sambil tonggeng tgn dok garu2 "bam2" dia, ngah main dok garu gak...n tgn memang sllu garu situ, itu memang cacing..
ida berkata…
ermmm..ni first time bagi eh, baru terpikir nak bagi twin tu ubat cacing gak, tapi kecik lagi ker eh kalau 2 tahun....
@Rai entah?! betul agaknya kan?!!
@UmmiAbi OOO tima kasih yer! Betul juga tu kan!
@ida ermm rasanya yang kedua ke ketiga.. Sebab ubat cacing ni kena bagi 6 bulan sekali. jadi tak kisah kot setahun baru 2 kali, ermm cer tanya doktor boleh ke idak...

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!