Tidur dalam kereta!

Minggu lepas kami sekeluarga balik kampung Abah kat Kota Tinggi, Johor. Masa gambar ini diambil on the way balik Putrajaya.

Kami dah berenti rehat kat RnR Jejantas Ayer Keroh. Lepas Abah segarkan mata, sambung jalan balik. Mama mula-mula duduk belakang, pindah duduk depan. Sakit pinggang katanya. Baru nak keluar highway, Mama kata berenti kejap nak betulkan si Abang tidur dah atas lantai dah!! Hehehe Sebelum betulkan tu, Abah suruh Mama snap gambar diorang dulu!! Saja simpan buat kenangan! Pastu boleh letak kat blog!! Hehehe.. Yelah.. nanti diorang dah besar takdelah nak dapat ambil gambar macam nih lagi!


***Nota kaki Abah
Jangan suruh Abah tukar kereta besar tau! Hehehe belum sampai masanya.. Huhuhu.. Lagi pun Mama tak suka kereta besar nih! Space barang takde katanya..

Err.. beli bas lah pasnih!!

Ulasan

nafaz lynn berkata…
alolo.. comeynye dorang tido.. sian.. hehe
Rayha Rozi berkata…
blog u ditag..
merahitusaga.blogspot.com
Zakiyah Zainon berkata…
kalau hari2 biasa ok saja bawak kereta kecik tapi bila travel jauh2 macam ni, rasa nak ada caravan sebijik hahahahaha
NorrShakor berkata…
ala.. saya pun ada 4 orang anak.. macam saya ni, tak guna pun ada MPV.. Bila balik kg atau jalan jauh, semua anak dok kumpul kat tengah.. Semua nak kat mama..Baik naik iswara jer kalo gaya cam gini..Hahah..Tunggu la anak2 awk besar skit kalo nak tukar kete pun.. Boleh dok sendiri da..

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!