Selepas Potong!!

Hehehe imej baru Abah! Lebih kurang 30 tahun Abah tak pernah potong rambut botak macam ini. Sejarah dalam hidup Abah nih! Tapi sempena buat Umrah ini, Abah dah berniat nak cukur kepala ini. Mudah-mudahan gugurlah dosa-dosa Abah yang banyak ini. Amin...

Lepas botak tu, Abah balik hotel lepas itu masuk bilik mak Abah, yang buka pintu tu makcik Abah... Dia tengok Abah buat muka pelik lepas tu terus gelak berdekah-dekah!! Hehehe lepas tu dia cakap "Haa.. ini barulah Kojack!! Err... Korang tau Kojack?! Kenal?! Google sendiri yer... Nanti baru korang paham agaknya.

Untuk pengetahuan korang, Keluarga sebelah abah Abah, memang panggil Abah Kojack dari sejak baby lagi... Panggilan tu membawak laa sampai ke besar ini. Kira gelaran keluarga laa... Tapi korang panggil Abah nama Zaini laa.. hehehe

Mengikut cerita mak Abah, sejak lahir sampai umur berapa tah.. lebih laa 4 bulan, kepala Abah takde rambut, ada rambut hauls-halus jer, kebetulan masa tu tengah popular cerita Kojak, heronya botak, arwah atok Abah panggil nama tu kat Abah, sudahnya sampai sekarang laa nama tu digunakan lagi-lagi bila berjumpa sesama sedara.

Ulasan

Syazny berkata…
Assalamualaikum abah amrafahan....jumaat lalu saya ternamapak auni3 & mama auni kat pasar tani ...akhirnya terserampak jugak dgn amrafahan di alam nyata..ngee^^
Teratak Hami berkata…
10 Riyal? / 30 Riyal?
Hehe tegur la depa! Jgn malu2 kitorang tak makan orang hehe
Syazny berkata…
segan pulak nak tegur..hihihi :-)
nextime kalau jumpa...siap nak tangakap gambar sekali..leh tak :-)
hanyzaini berkata…
hihi...saya buat percubaan berani mati p pasar tani ngan amrafahan sbb abang request nak makan udang n sotong byk kali dah..kesian sgt..
awat tak tegoq...sori la no.. mata saya mmg kena kat AMRAFAHAN ja...tu pasal abang yang dok kat stroller..kalo abang lepas..mmg lgsg tak nampak orang lain lg dah..hehehhe
tapi..ada yg tegur n jumpa dorang.. jadi kami berenti la sembang2..budak2 tu pun salam2 beraya bagai..hihihi
insyaAllah...dah berani kali ni..InsyaAllah nanti kami p lagi..
kalo nampak kami tu..mai la jumpa yeh..

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!