Kembar 4 laa pula!! Bestnya!!!


Harap-harap keluarga En. Sazalee dan Norbazilah dapat menjaga anak kembar mereka dengan tabah. Abah dah lalui pengalaman yang hampir sama macam ni 2 tahun lepas... Memang tak cukup tidur laa dibuatnya.. Suami isteri kena saling tolong menolong antara satu sama lain. Huhuhu... sebab tu dulu Abah kurus sikit! Sekarang nih 'kurus' banyak! kakakakakka

Tahniah yer pada pasangan nih!

NORBAZILAH dan Mohd. Sazalee memangku empat bayi kembar mereka di Taman Sri Mas, Muar semalam.

MUAR - Penantian sepasang suami isteri untuk menimbang cahaya mata sejak tiga tahun lalu berbaloi apabila mereka tanpa dijangka dikurniakan bayi kembar empat.

Norbazilah Amin, 27, dan suami, Mohd. Sazalee Mohd. Hilal, 35, mendapat kembar empat tidak seiras itu yang dilahirkan pada 14 Oktober tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Bayi kembar empat itu terdiri daripada tiga perempuan iaitu Sherlea, Seliesha, Shazrica dan seorang lelaki Shazrick, yang semuanya dilahirkan tidak cukup bulan.

Menceritakan pengalaman mengandung dan melahirkan keempat-empat bayinya, Norbazilah yang bekerja sebagai jururawat di PPUM berkata, dia terpaksa mengambil cuti setahun sepanjang tempoh itu.

"Ia berikutan keadaan kesihatan saya yang tidak menentu dan dalam tempoh itu saya terpaksa berulang-alik ke PPUM serta mendapat pengawasan rapi daripada doktor.

"Saya juga tidak boleh makan dan hanya boleh minum untuk mengalas perut yang lapar, akhirnya saya bersalin menerusi pembedahan pada usia kandungan mencecah tujuh bulan empat hari," katanya ketika ditemui pada majlis cukur jambul bayi kembar itu di rumah ibu bapanya di Taman Sri Mas di sini semalam.

Norbazilah yang tinggal di Petaling Jaya berkata, kesukaran itu bermula pada minggu ke-10 kehamilan sehingga saat untuk bersalin dan selepas itu melalui pula pengalaman baru menguruskan empat bayi sekali gus.

"Pada mulanya saya agak kelam kabut kerana anak-anak saya akan terjaga bergilir-gilir selang 10 minit setiap seorang untuk minum susu," katanya.

Mereka memperoleh bayi kembar empat itu selepas menjalani rawatan permanian berhadas (IUI) di PPUM selepas tiga tahun tidak dikurniakan cahaya mata.

Katanya, doktor sebelum itu memberitahu potensi untuk hamil melalui IUI hanya 10 peratus tetapi amat terkejut apabila dia dimaklumkan mengandung bayi kembar empat.

Sumber Kosmo Online

Ulasan

Kayu Manis berkata…
emm,bestnya, sekali dpt empat..


tak menang tangan nnti ni..

Alhamdulillah.
ADEEYA berkata…
Wow. Bestnyeee! :)
Papa-NtiQ berkata…
time muda2 dulu salu saya doa nak anak kembor..xde rezeki xpe..bersyukur dengan yang 4 anak dara nih sihat walafiat..
Ca Ezah berkata…
hui.camane la nak jaga 4 org sekali gus ni...hihi

rezeki ALLAH... :)
Unknown berkata…
Orang melihatnya mmg macam seronok.. Tapi tak dapat bayangkan sshnya emak yg mengandungkannya.. Byk risiko ibunya boleh dpt time mengandungkan anak kembar ni.. Papepun, alhamdulillah selamat semuanya.. Moga2 doa anak2 yg soleh/solehah ini dapat membawa ibu bapanya ke syurga.. Aminn :)

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!