Inilah ragam AMRAFAHAN bila dah mengantuk sangat! Gambar ini diambil bulan lepas, tak ingat dah pergi mana masa ni.. samada Abah bawa diorang jalan-jalan atau keluar makan dengan Mama.. huhuhu.. Asal boleh tidur, tidur jer diorang nih! Lepas tu tak boleh kacau dah... nanti menangis mengamuk!! Lepas tu lama laa nak pujuk! Nak taknak kena angkat pelan-pelan lepas tu beritau Abah nak angkat ni, tidur kat bahu Abah yer! Pujuk pelan-pelan, angkat lepas tu baru bawa ke bilik tidur.. Kalau tidak jenuh laa nak memujuk...
Lagipun ini kenangan Abah dengan diorang... nanti bila diorang tak besar takde dah nak dukung-dukung!!
|
Si AH aka Angah tidur kat dashboard! Tak boleh kacau dia! |
|
Si AN aka Adik tidur kat peha abah, Sedap woo empuk bantal belang-belang tuh!! hehehe |
|
Si AF aka Kakak tidur kat kerusi depan |
|
Nyenyak Adik tidur! |
|
Nampak tak si Angah tu tidur macam tu! huhuhu |
|
Angah-angah! Tak bagi abah angkat dia tu!! |
|
Nampak tak tangan Adik tu! tak bagi lepas! kena peluk jer dia! |
Gambar-gambar ni diambil selepas Abah parking kat rumah yer! Sebelum angkat diorang ke bilik, kita snap dulu gambar! hehehe Masa ni si Abang kat tempat duduk belakang rasanya.. hehehe... tak ingat dah!
Nak tengok gaya tidur diorang dulu-dulu? Klik kat label
gaya tidur kat bawah nih!! Macam-macam ado!!
Ulasan
sok dah besar tunjuk kat angah..
hehehe