Penjawat awam oh penjawat awam!!


Assalammualaikum... sebagai orang baru dalam gomen nih.. aku masih blur-blur dengan SBPA nih.. pening kepala baca pekeliling hehehe... bila CUEPACS kata Penjawat Awam jangan sain dulu SBPA aku salah seorang yang mengikut laa.. tunggu rundingan dengan PM dulu.. tapi kalau kena sain pun, InsyaAllah aku sain perkhidmatan sehingga umur 60 tahun... apa-apa pun tunggu hasil perbincangan CUEPACS dengan PM dulu... Moga hasilnya memberi kebaikan kepada semua pihak...

PERDANA MENTERI SETUJU TANGGUH SBPA - OMAR OSMAN
Utusan Malaysia
22/12/2011 12:53pm


PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.

Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN

UPDATE! 4.50PM



22 DISEMBER 2011
POSTED IN PRESS RELEASE STATEMENT

Berikutan Terlalu Banyak Pertanyaan Yang Diterima Mengenai Status Pelaksanaan SBPA, Adalah Dimaklumkan Bahawa Opsyen SBPA Masih Berjalan Seperti Ditetapkan. JPA Bersama CUEPACS Akan Mengadakan Perbincangan Esok (23 Disember 2011) Bagi Membincangkan Isu Yang Dibangkitkan Oleh CUEPACS.

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya
4.00 Petang, 22 Disember 2011.

Ulasan

aizamia3 berkata…
moga dengan penangguhan itu akan ada sesuatu yang menggembirakan kakitangan kerajaan..
mas saari berkata…
cuepacs tak puas hati pasal gaji je sbb tulah nak bincang balik... tapi kena dengar taklimat baru boleh buat keputusan!
Daddylicious berkata…
nasib baik tak keje dgn kerajaan...hehe
Daddylicious berkata…
peh....ben shari buat review blog ni la...

http://www.benashaari.com/2011/12/header-blog-yang-comel-aku-suka.html
Unknown berkata…
salam kenal dan follow :)

www.akumad.com
Uji Hussein berkata…
Saya pun tunggu arahan ketua jabatan.Kalau kena sign, CUEPACS pun kata dah ok, kita sign jelah.
akudarikayangan berkata…
pas sign SBPA ni peratusan utk kta dibuang kerja sgt tggi...wlupn anda sorg yg sgt rjin & xpenah bt kesalahan disiplin sb sume bgantung kpd ketua jabatan.klu ketua jabatan ska pilih kasih, nsib la kta klu xterpilih jd kasihnyer....

org ckp kje ngn gomen untung, sila la msk gomen dlu tgk cmne....urmm so sad.....:'(

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!