Happy 5th Anniversary Sayang!
Sedar tak sedar hari ini dah masuk tahun ke lima abah bergelar suami kepada seorang insan yang paling abah sayangi iaitu Puan Noor Hany Bt Ishak! Macam-macam suka duka yang dah kami tempuhi. Abah berharap dan selalu berdoa agar hubungan ini berkekalan hingga ke akhir hayat abah dengan izin dan berkat dari Allah SWT.
Dalam tempoh 5 tahun nih, Allah kurniakan kami putera puteri puteri puteri yang comel-comel, Alhamdullillah terima kasih Allah. Walaupun sebelum dikurniakan anak sulung Mama telah keguguran 2 kali. Mama memang seorang yang kuat dan tabah errr... dan garang pada anak-anak hehehe... Teringat masa awal pernikahan dulu, kenduri di rumah abah tak dapat dibuat kerana Kota Tinggi dilanda banjir besar, sudahnya perjalanan konvoi bersama-sama sepupu abah dari Penang ke Johor terbantut disebabkan banyak jalan ditutup.
Sudahnya, abah dan mama berhoneymoon beramai-ramai di Port Dickson sementara nak tunggu banjir reda. Hehehe... tak kenduri sebelah abah pun dapat honeymoon.. nasib dah nikah dulu kat Penang.. kalau tak.. telan air liur jerlah! hahaha
Oklah abah nak pergi ambil periksa dah nih! nanti terlambat pula masuk dewan! Doakan abah yer!
Akhir kata,
Abah sayang Mama dan AMRAFAHAN sangat-sangat!!! Abah cintakan Mama sangat-sangat! Terima kasih kerana jadi isteri dan Mama yang terbaik untuk Abah dan AMRAFAHAN!!
MUAAHHHHH!!!! HEHEHEHE
Nota kaki Abah:
Abah kat ILSAS, Uniten tidur kat sini nak study, Mama kat rumah tidur dengan AMRAFAHAN huhuhu... rindu dah kat diorang semua!!!
Ulasan
Abah amrafahan,gi lah honeymoon lg.hehe
dan dikurniakan anak2 yg comel...
:|entri baru|: Tentang dia & adik
moga kasih sayang antara kalian kekal hingga ke syurga...
moga berkekalan hingga ke syurga... amin..
Selamat Ulangtahun to both of you kakak&abang yg cool!!!
Sampai Syurga hendaknya..Amin.
moga kekal bahagia hingga ke syurga, amin!!!
happy anniversary