Nasi Goreng Bawal!
Selamat pagi kakak kakak adik adik abang abang sumer!
Hari ni arghhkak nak tunjukkan resepi arghhkak yang pertama kali arghhkak masak! Ikut suka hati jer nih haaa.. Seperti yang kita sedia maklum.. bawal memang banyak gunanya yer.. boleh buat tudung dan boleh juga buat makan... kali nih arghhkak amik yang boleh makan punya iaitu ikan bawal yer..
Resipi nih tercetus semalam petang akibat kelaparan yang amat sangat kerana orang rumah bekerja yer.. Okeh! untuk tidak melengahkan masa lagi marilah kita tengok bahan-bahan dia haa..
Bahan-bahan
Hari ni arghhkak nak tunjukkan resepi arghhkak yang pertama kali arghhkak masak! Ikut suka hati jer nih haaa.. Seperti yang kita sedia maklum.. bawal memang banyak gunanya yer.. boleh buat tudung dan boleh juga buat makan... kali nih arghhkak amik yang boleh makan punya iaitu ikan bawal yer..
Resipi nih tercetus semalam petang akibat kelaparan yang amat sangat kerana orang rumah bekerja yer.. Okeh! untuk tidak melengahkan masa lagi marilah kita tengok bahan-bahan dia haa..
Bahan-bahan
- Ikan bawal yang dah digoreng semalam punya
- Nasi sejuk semalam punya
- Bawang besar 2 ketul
- Bawang kecil 3 4 ketul
- Bawang putih 3 4 ketul gak..
- Garam ikut suka
- Minyak sayur tanpa kolestrol baik untuk kesihatan..
Cara-caranya
Mula-mula potong segala jenis bawang yang ada.. bawang besor potong besar besar.. bawang kecil potong kecik kecik yer.. bawang putih potong putih err.. potong kecik kecik gak.. hehehe.. Pastikan korang memakai google berenang atau sepek mata hitam semasa memotong bawang nih yer untuk mengelakkan korang menangis... arghhkak potong bawang bawah air paip mengalir.. jadi tak laa menangis... kekeke...
Lepas tu carik carikkan isi ikan bawal goreng tu.. lepastu gaulkan dengan nasi putih yang masih dalam periuk nasi tu.. haaa.. pastu letak garam ikut suka korang kat gaulan tersebut.. nak masin letak lebih ye dak?!! gaul sehingga sebati.. heee...
Lepas tu tumis bawang kecik dengan bawang putih dengan minyak sayur tu dalam kuali yerr.... agak-agak dah naik bau, masukkan bawang besar pula.. kacau hingga masak bawang tu yer.. minyak tu ikut suka korang laa nak letak banyak ke sikit.. agak-agak kalau nak buat nasi minyak bolehlah bubuh minyak banyak-banyak.. bila dah sebati masukkan campuran nasi isi ikan bawal dan garam ke dalam tumisan tadi.. Haa.. gaul lagik.. sampai rata.. agak agak dah rata pastu dan panas nasi tu.. hidangkanlah.. haa kan dah siap..
Resipi ni sesuai untuk orang yang tak reti masak dan malas macam arghhkak nih.. pastu untuk budak-budak yang tak suka makan ikan bawal! hahaha sukati arghhkak jer!!
Sekian selamat mencuba! kekeke
Nasi Goreng Bawal |
Komen Juri aka Tukang makan @ diri sendiri
Okeh.. nasi lembut dan sedap.. terasa isi ikan bawal tu.. ermm.. bawang tu yang buat sedap tu.. tak masin tak tawar.. sedang sedang memang ok rasanya... Cuma presentation kurang sebab amik gambar nasi dalam kuali jer... tak transfer ke pinggan! hapadaa.. Apa apa pun saya bagi A++ !!!
Hahahahaha!!!
Ulasan
papa kembar dari yang ayu kenal hingga skrang sama sahaja...
apapun, mmg rindu dgn blog ini serta aksi si kembar
ok per itu kiranya nasi grg instant...ada ikan grg bawal mmg sempoi..erkkk...sebab nampak macam tak sedap...kite nak minta bro tapau dan bkgs guna skynet boleh ^^
sedap kan encik husz..