Kesabaran aku teruji lagi!!

Minggu nih aku ada kursus 4 hari kat PD. Pagi tadi pergi opis macam biasa. Aku letak motor kat opis sebab pergi PD aku tumpang kereta budak opis.
Balik dari kursus tu hujan renyai renyai. Member aku drop aku kat opis aku pun pergi solat asar dulu sementara tunggu hujan berhenti. Lepas solat tu hujan dah reda, aku gerak balik. Harapan aku takde laa jadi apa apa selamat pergi dan balik.
Bila aku sampai nak exit tol Seremban ke KL motor aku dah melelong dah... Alahai.. Pancit lagi... Disebabkan hujan renyai aku malas nak tukar tiub sendiri, aku bawa jer motor aku ke bengkel yang dekat dekat sini... Huhuhu bengkel yang buat aku bengkak tapi takde pilihan.. Disebabkan aku panas hati dengan tayar motor nih asyik pancit jer.. Aku tukar tayar tubeless dengan bubuh ubat tayar. Mekanik tu kata boleh tahan sampai tayar botak.. Harap harap macam tulah... Lepas tukar tayar tu, aku minta budak mekanik tu adjust tapet motor sebab kuat sangat bunyinya... Bila dia dah adjust tu, jadi laa senyap balik. Aku pun dengan senang hati laa balik..
Nak dijadikan cerita, lebih kurang lagi 2km nak sampai RnR Seremban, tiba tiba motor aku berbunyi kuat lepas tu aku terus drop gear, enjin terus mati. Aku biarkan sekejap, dengan harapan enjin boleh hidup balik. Bila aku try start enjin boleh hidup, lega aku tapi bunyi ada kasar sikit. Jadi aku pun tak syak apa apa dan nak periksa apa apa terus bawa motor pelan pelan sebab nak singgah RNR Seremban nak solat Maghrib. Dalam hati ni berdoa laa motor boleh start lagi nak bawa balik rumah. Lepas solat aku try start motor tiba tiba aku terperasan yang minyak hitam memancut keluar, rupanya cover untuk tapet bawah dah hilang. Arghhh.... Boleh hilang sabar macam nih..
Apa yang boleh aku buat sms wife aku dan call mekanik minta dia datang kat sini. Sekarang nih aku tengah tunggu mekanik sampai. Ehh... Dah sampai laa.. Oklah.. Nanti cerita lagi..

Ulasan

Faz Abas berkata…
bawak moto ni mmg byk cabarannya antaranya cari tempat berteduh bila hujan...

adik saya baru jatuh motor, nasib baik cuma patah tangan jer...
Makbed berkata…
alamak.... habih minyak itam tu. kang kena oberhol laak.
Unknown berkata…
berhati-hati di jalan raya tapi kalau dah nak kena nak buat camner..redha ajerlah kan..
alhamdulliah kamu dapat anak 3 sekali gus. tentu seronok kan
Unknown berkata…
nasib baik tak apa2..mekanik ni kadang2 suka buat kerja sambil lewa..

kami pulak pernah jadi benda yg lebih kurang sama..penutup tangki minyak hitam tu diorg lupa tutup.. nasib baik tak terbakar kereta.. teruk betul..
Nur Aini berkata…
salam en.hus...pg nie saya ternampak wife en.hus n triplets...semalam pg pon same...sempat tunjuk kat husband...sgt2 comel auni3...tp kelibat abg tak nmpk.
SURIA AMANDA berkata…
laaaa...kesiannya....so apa cerita lepas tuh..
@Ms Ef Abas teruk juga tu patah tangan! moga dia cepat sembuh yer!

biasa kalau hujan renyai2 saya pakai baju hujan n terus redah jer.. uhuhuhu
@Makbed nasib laa tak hilang banyak.. kalau tak menangis nak obohol lagi! huhuhuhu
@Rai tulah.. nasib laa tak teruk.. kalau tak nangis woo...

ermm.. bahawa juga tak tutup minyak hitam tu.. enjin boleh jem..
@Nur Aini terima kasih! sekarang saya kerja kat seremban. jadi wife yang uruskan budak2 sorang2
@SURIA AMANDA lepas siap motor tu, saya pergi makan.. lapor sangat dah.. masa tu kul 9 malam lebih dah.. bantai nasi lemak dengan nasi tambah.. lepas tu lepak kejap bagi nasi turun.. pastu terus balik bawa motor pelan2.. sampai rumah kul 10 malam... memang letih aaaa... huhuhu

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!