AMRAFAHAN comel ke abah comel?
Hak hak hak!! Hari ni abah MC sebab jumpa doktor untuk check batu karang. Kebetulan AMRAFAHAN cuti seminggu sebab taska tutup kerana ada kes jangkitan kaki tangan dan mulut.
Pagi mama jaga diorang, petang abah pula jaga, mama kena pergi kerja.
Sebelum mama pergi kerja, minta dia snap gambar abah dengan AMRAFAHAN. Mula mula AF jer yang baring dekat abah, pastu AH pula, bila tengok kakak kakak dia baring dekat abah, si AN pun nak baring sama. Kena laa minta tolong sama mama untuk letak AN kat tengah tengah tu.. Si Abang memang dah baring kat situ. Tu yang minta mama amik gambar tuh!
Tapi bila tengok gambar, abah dia yang excited sangat! AMRAFAHAN rileks jer.. Siap mata tengok kot lain lagi huhuhu...
Sekarang nih dalam cobaan nak tidurkan diorang, tapi macam takmo tidur jer nih... Siap lompat lompat lagi nih... Huhuhu
Ulasan
skit lagi penat lompat tido la tu
ada batu karang ke?
nak tidurkan budak mencabar betul kan?