Masa raya ketiga lepas, kami sekeluarga dengan mak dan adik beradik lain pergi mandi laut kat Air Papan, Mersing. Sewa chalet kat sana tidur semalam. Kami sampai petang tu, lepas tu adik aku pergi cari lauk untuk buat BBQ, huihh... ikan dia memang fresh!! baru naik dari laut! Murah lak tu! Malam tu kami makan beramai-ramai. Sekali sekala berkumpul dengan ahli keluarga dan adik beradik lain nih memang seronok, lama dah tak kumpul ramai-ramai macam tu..
Esoknya kami ramai-ramai pergi main pasir dan mandi laut.. si Abang dengan AH memang tak berani nak main laut... main tepi tepi jer.. si AH lagi laa.. pijak pasir jinjit kaki... AF dengan AN dah bergelumang dengan pasir dan air laut.. Masa abah bawa diorang ke laut, mula mula tu AF dengan AN takut takut laa.. lepas tu ok dah... cuma si Abang dengan AH ni.. menangis-nangis bawa ke laut.. haihhh laa anak abah nih..sabar jerlah..
|
Denga Uncle Deedam |
|
Sebelum mandi laut |
|
Main dengan sepupu diorang |
|
Antara lauk yang dibakar |
Ulasan
org lain sibuk mkn rendang, dia lak mkn ikan bakar...best nyeeee
Akak pun raya ke-3 dah sampai ke kg Mersing.
Almira pun takut laut
jenuh nak pujuk