Bersyukur dikurnia anak kembar empat


KUALA LUMPUR 8 Ogos - Pasangan Dr. Jasmina Qamaruz Zaman, 39, dan suaminya, Hazli Zakaria, 39, bersyukur kepada Allah SWT apabila penantian selama tujuh tahun mereka untuk mendapatkan anak kedua berakhir setelah dikurniakan anak kembar empat.
Jasmina yang melahirkan kembar empat itu dengan cara pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 22 Jun lalu berkata, dia dan suami tidak pernah menyangka akan dikurniakan anak kembar.
“Kami berusaha untuk mendapatkan anak kedua selepas mendapat anak pertama Eimann Arrazi yang lahir pada 2004 sewaktu saya sedang belajar di United Kingdom (UK).
“Pelbagai usaha dibuat sehingga saya dan suami memilih untuk menjalani kaedah persenyawaan dalam rahim (IUI). Doktor ada memberitahu IUI akan membolehkan saya mendapat anak kembar tetapi saya tidak pernah menyangka ke arah itu.
“Selepas disahkan mengandung, tiga minggu selepas itu, saya sudah diberitahu akan mendapat anak kembar empat. Tidak banyak masalah sewaktu mengandung, cuma pada bulan keenam saya sudah dimasukkan ke HKL sehinggalah bersalin,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini, hari ini.
Menceritakan pengalamannya, Jasmina berkata, sewaktu pembedahan, doktor mengambil masa selama satu setengah jam untuk mengeluarkan anak dalam kandungannya itu.
“Alhamdulillah, selepas pembedahan, keempat-empat anak saya, yang mana dua lelaki dan dua perempuan sihat tanpa sebarang komplikasi,” katanya.
Beliau berkata, sewaktu dilahirkan anak kembar mereka iaitu Eirfann Arrazi adalah seberat 2 kilogram (kg), Sara Yasmin (1.34kg), Eihsann Arrazi (2.1kg) dan Shaza Jasmin seberat 1.66kg.
“Eirfann dilahirkan pada pukul 2.08 petang, Sara (2.09 petang), Eihsann (2.10 petang) dan Shaza pada pukul 2.11 petang iaitu masing-masing selang seminit,” jelasnya.

Sumber: Utusan Online

Ulasan

mas saari berkata…
bestnya!! lepas ni boleh tutup kedai dah.. nak anak kembar gak! huhuhuuu
2 kali dapat terus 4 orang...gegurl and boboy plak tue....sukaaaa
Jery Mszi berkata…
bestnya .... sekali bersalin dpt kembar 4 ...alhamdulillah
hanyzaini berkata…
syukur alhamdulillah...bertambah ummat Nabi Muhammad S.A.W.
Mama Zara berkata…
seronoknyaaaaaaaaa
SaYraH WonDerLanD berkata…
ya Allah..Allah Maha Besar. Best nya dapat kembar 4. 2 pasang plak tu!! tambah ngan anak sulung da ada 5 orang anak..Tahniah buat mereka
DeQWa berkata…
bestnye dapat anak kembar..tpi tue la kena byk bersabr/pengorbanan & ekonomi kena kukuh...kang nak beli susu,nurseri lagi..hmmm...
hanyzaini berkata…
deqwa: Allah tak akan membebani kita diluar kekuatan kita... kembar ni anugerah Allah untuk insan terpilih... Allah Maha Mengetahui apa kekuatan hambanya dan yang terbaik untuk hambanya...
Sue berkata…
seronoknye tgk org dpt anak kembar.... mmg orang yg bersabar je mampu jaga anak kembar ni kan. mana taknye, kang sorang nangis, abes sume nangis. pastu saya dok bayangkan, sorang nak susu.. nanti yg lain2 pun nak susu,. hehehhe kalau dapat suami yg rajin menolong tak pe jugak... kalo tak, ahh siann kat ppuan.
wah conpom raye pasti meriahhhh
:|: TinTa Kibod :|: berkata…
Alhamdulillah...
teringinnya nak anak kembar ^_^
iyan shazlind berkata…
bahagianya sekali dapat 4..:)

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!