Argghh!!! Cikgu nih!!!
Pada tahun 1993 satu kejadian yang telah merubah hidup aku... Peristiwa ni terjadi di Sekolah Menengah Bandar Kota Tinggi di kelas 3 Syiar subjek matematik... bulan berapa aku tak ingat.. rasanya awal-awal tahun kot.. hehehe...
Nama cikgu matematik aku Cikgu Mansor, dia seorang yang kelakar bila mengajar dan ikut suka hati dia jer... Sebelum aku masuk kelas 3 Syiar tu aku kat kelas 2 Takwa.. kira kelas no 4 kot.. aku tak ingat.. kelas syiar tu kelas no 2 laa ranking dia.. jadi budak-budak dalam kelas tu aku tak kenal sangat.
Suatu hari tu Cikgu Mansor ni mengajar laa Math kat papan hitam tu.. lepas tu dia toleh kat murid-murid dia nih.. dia pilih laa random siapa nak jawab soalan dia tuh.. lepas tu boleh pula dia pandang kat aku.. disebabkan dia tak kenal aku, aku murid baru kelas dia.. dia bercakap ke arah aku...
Cikgu Mansor: Haa!! Awak tu! Aseng! jawab soalan nih!
Aku pun toleh ke belakang tengok siapa Aseng yang dia panggil tu..
Cikgu Mansor: Haa.. Awak laa.. yang awak pergi toleh belakang tu buat apa?! Haa jawab soalan nih..
Aku: Err.. saya ke cikgu?
Cikgu Mansor: Haa.. awak Aseng.. jawab cepat!...
Lepas tu satu kelas gelakkan aku! ciss!! Suka hati cikgu jer nak panggil aku Aseng... agaknya dulu-dulu muka aku hensem macam cina kot.. kekeke... tu yang dapat nama Aseng tu...
Sejak dari peristiwa tu, nama Aseng lekat terus kat aku, sampai laa besar ni, kawan-kawan sekolah dulu panggil aku Aseng, mak dengan abah aku pun tau kawan-kawan aku panggil aku Aseng... huhuhu.. tu laa penangan Cikgu Mansor.. tapi aku tak marah kat dia.. sebab dia kami sekelas pandai matematik.. Terima kasih Cikgu!!
Sempena hari guru nih, Aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua Cikgu-cikgi, guru-guri yang ada di luar sana tu.. tak kisahlah guru tetap ke, guru sandaran ke, guru sementara ke, guru tusyen ke, guru tadika ke, guru taska ke, guru memandu ke, guru mengorat ke, asalkan guru / cikgu, jasamu sungguh besar hanya Allah yang mampu membalasnya!!
p/s: aku tak ingat dah nama guru mengorat aku! ramai sangat! kekeke
Ulasan
ehem2...cikgu mengorat anak murid masa dulu2 ye...hehe
aseng = ah seng = ah cheng
=> cheng = successful
ah cheng = successful man!!
doa tu bro!!
najib: Amin,.,
mk3: haah.. memang feberet! kekeke