Janganlah banjir!

Sejak aku balik Kota Tinggi ni... hujan tak berhenti-henti.. sekejap lebat sekejap gerimis... lepas tu lebat balik...

Janganlah banjir lagi macam tahun Dis 2006 dan Jan 2007 dulu...

Dulu sepatutnya kenduri perkahwinan sebelah aku di buat pada bulan 23 Dis 2006. Sepatutnya pada hari tu majlis untuk aku dan adik perempuan aku. Tapi masa tu Kota Tinggi dah banjir besar.. aku telefon keluarga aku dia orang cakap Kota Tinggi jadi pulau.. Bekalan elektrik dah takde, makanan tak habis... semua jalan keluar masuk dah terputus.. Dewan tempat aku sepatutnya berkenduri dah jadi tempat mangsa penempatan banjir. Sehari sebelum tarikh yang sepatutnya aku bersanding, aku dan sepupu aku konvoi tapi tidur kat Port Dickson sebab tak boleh masuk Kota Tinggi. Kiranya honeymoon beramai-ramai kat PD... hehehe...

Pada 24 Dis 2006 tu aku dapat sampai ke Johor tapi terus ke kenduri sebelah suami adik aku kat senai. Lepas dari kenduri tu baru kami dapat masuk Kota Tinggi. Masa tu dah surut sikit... Lepas dapat masuk Kota Tinggi, air naik semula... dah terperangkap kami semua kat rumah... tak boleh pergi mana-mana... kena tunggu hujan dan banjir reda baru boleh balik KL...

Masa tu sempat juga aku keliling Bandar Kota Tinggi tengok macam mana teruknya keadaan masa tu... macam tak percaya apa yang aku tengok... Kota Tinggi tak pernah banjir macam tu sejak 100 tahun yang lalu...

Masa aku buat entri ni... hujan dah lebat kembali.... dah 3 hari hujan tak berenti... ermm... janganlah banjir...

Ya Allah Ya Tuhanku Kau jauhkanlah segala musibah ini dari berulang kembali... Amin...

Ini gambar yang aku ambil dari rumah aku... Lebat bangat!

Dari tingkat atas rumah aku

Lebat dah 3 hari tak berhenti


Ini antara gambar semasa banjir kat Kota Tinggi tahun 2006...

Paip pecah kat jambatan masuk Kota Tinggi

Arked MARA Kota Tinggi

Nak tengok lagi klik sini

Ulasan

erienz berkata…
teringt lak banjir kat kota tinggi....mmg x trjangka...pasar air naik mendadak....kat JB nk gi keje sana sini jem...smpai opis lambat...lps tu, nk balik siap terkandas kat opis

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!