Catatan

Apa itu MICROSLEEP? INGATAN UNTUK YANG MEMANDU PULANG BERHARI RAYA DAN BERJALAN JAUH!

Peringatan untuk diri Abah sendiri dan kawan-kawan lain. Moga bermanfaat. ************** Apa itu MICROSLEEP? INGATAN UNTUK YANG MEMANDU PULANG BERHARI RAYA DAN BERJALAN JAUH Oleh: Dr Muhamad HKL Pernahkah anda mengalami keadaan di mana semasa anda sedang memandu, anda terlelap, hilang tumpuan atau sebagainya dan apabila anda tersedar, anda sudah begitu rapat dengan kereta di depan anda, dihon oleh kereta lain kerana memasuki lorong dengan cara bahaya atau tiba-tiba sahaja terhantuk pada stering atau pintu di sebelah pemandu? Saya pernah mengalaminya dan keadaan ini dipanggil microsleep. Microsleep secara mudahnya boleh didefinisikan sebagai tidur yang singkat. Ingin saya tegaskan ianya tidak sama dengan napping atau Qailullah. Perbezaan paling utama ialah microsleep ialah satu perlakuan yang tidak disengajakan manakala napping adalah sesuatu yang dirancang. Microsleep bermaksud perlakuan seperti tidur yang tidak disengajakan dan tidak dapat dikawal samada dalam bentuk pandangan k...

Selamat Hari Lahir Abang Aqil!

Imej
Alhamdullillah hari ini genap 7 tahun umur Abang. Abah dan Mama berharap Abang jadi insan yang terbaik dan soleh dalam hidup Abang. Hari ini takde buat apa-apa pun sambutan untuk Abang, cuma telefon Abang pagi tadi kat rumah nenek. Abah, Mama, Kakak dan Kak Ngah terjerit-jerit kat telefon menyanyi lagu Happy Birthday dan Allah Selamatkan Kamu kat Abang! Abang pun ingat hari ini birthday Abang. Abah dan Mama tumpang gembira dengar suara ceria Abang kat sana tuh! Seminggu dah Abah tak jumpa Abang, rindu pula rasanya! Sunyi rumah nih! hehehe. Biasa Abah ke Mama jadi tarzan bila Abang dan Kak Chik, Kakak dan Kak Ngah ada sekali. hehehe. Nanti Abah amik Abang, kita sekeluarga sambut birthday Abang sama-sama yer! Abah dan Mama doakan Abang dimurahkan rezeki dipanjangkan umur, menjadi anak yang baik dan soleh, dengar cakap ibu bapa dan orang tua dan hidup menjadi insan yang berguna. Sayang Abang sangat-sangat! Rindu Abang sangat-sangat!! Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu...

AMRAFAHAN berpisah sementara!

Rindu Abang dan Kak Chik! Abah dengan Mama dah rindu kat depa. Tapi depa dok menyeronok sakan bermain dengan sepupu diorang kat Johor tuh sehingga berjaya menukarkan nenek dari menjadi tarzan ke ultraman! Hehehehe Macam mana laa nenek menjaga depa berempat tuh! (Abang, Kak Chik dan 2 sepupu). Kak Ngah selalu cakap bila bangun pagi dia mimpi Kak Chik dan Abang. Ada sekali tuh, dia mimpi Abang dan Kak Chik duduk rumah Putrajaya, dia dan Kakak pula duduk rumah nenek! hehehe Terima kasih nenek sudi jaga cucu nenek 4 orang tuh! Hehehe mesti riuh rumah tuh!! Ermmm... baru teringat esok hari jadi Abang yang ke 7 tahun! huhuhuhu rindunya!!! Posted by Hany Ishak on Friday, 5 June 2015

Perbualan rahsia suami isteri terbongkar!

Imej
Memang rahsia sungguh! Nasib baik dapat bongkar! Kalau tak.... Saje boh gambar gathering kembar hari tuh!

Ibu rindu kamu berdua sayang!!

Imej
Abah sangat tersentuh hati dengan kisah ini. Harap perkongsian ini memberi semangat kepada ibu-ibu diluar sana. Kisah benar ini dikongsikan oleh salah seorang ahli Kelab Kembar Malaysia di dalam group rasmi Dianugerahkan Kembar di FB. Bergenang air mata bila baca! huhuhuhu **************************************************** Ibu rindu kamu berdua sayang! selama ni ayu hanya menjadi silent reader di sini. membaca cerita2 mengenai si kembar...membelek gambar2 si kembar...cukup membuatkan ayu tersenyum dan ketawa sendiri. kadang2 ayu melayan group ni sehingga lewat malam..'like' cerita dan gambar yg si post kan di sini...hanya utk melepaskan rindu ayu pada si kembar ayu. seseorg bertanya..."ayu...join la group dianugerahkan kembar..nnt along approved". dan jawapan ayu..."boleh ke along....kembar ayu dah xd.." lelaki yg ayu kenali sbg along...sekali lagi berkata..."ayu juga dianugerahkan kembar..." ya...ayu juga dianugerahkan ke...

MOJO & Caliph Buskers buat penonton menangis?!! (Video)

Imej
MOJO & Caliph Buskers menyanyi Roman Cinta bakal menang persembahan terbaik AJL 29?? Vokal pun mantap? Boleh tapaw penyanyi asal? Haaaa tu laa komen yang keluar kat FB abah. Tak sempat tengok pun sebab tengah makan kat D'laila Mee Udang kat Nilai MMA Santai Corner. Tapi bila sampai rumah terus cari video MOJO & Caliph Buskers AJL29 tuh. Rupanya dah ada! Meh tengok sebelum kena delete!!! Memang power laa suara dia!! Kagum!! Share dari FB Post by Tak dengar, Tak dengar~ Message, Message~~ . UPDATE: Video telah di delete. Sebagai tanda sokongan korang boleh subscibe YouTube Caliph Buskers kat sini https://www.youtube.com/channel/UCcM2DaNCvfOaf9r2vFiCfMw Salah satu video Caliph Buskers - Roman Cinta

Raja dan Permaisuri!

Imej
Sembang petang adik-beradik AMRAFAHAN. Sambil makan popcorn dalam kereta. Kak Ngah cakap ke Kakak: Awak jadi tuhan (tuan).. (pelat nak cakap tuan jadi tuhan) Abah: Hepp!! Mana boleh cakap macam tuh! Tak baik! (Abah salah anggap sebab dengar nak jadi tuhan! Marah depa terus!) Kak Ngah: Jadi Raja boleh Abah? Abah: Boleh! Raja tu lelaki, Permaisuri untuk perempuan. Kak Chik: Mama jadi permaisuri, Abah jadi Raja, tapi Abah gemuk!! Hehehe Abah: (dalam hati) Huhh!! Apa kaitan!! Tiba-tiba si Abang menyampuk! Abang: Raja mestilah gemuk!! Kakak: Haah Raja mestilah gemuk! Hahahaha Huhhh!!! Anak-anak Abah nih pengaruh raja adalah gemuk kat tv kuat sangat nih!!! Macam nak marah tapi kelakar!! Hai lah anak!!!