Catatan

Program Little Scientists menyeronokkan!

Imej
Baru-baru ini Abah dan AMRAFAHAN dapat join Parenting Program Little Scientists di Putrajaya. Mula-mula tu terfikir juga macam mana program nih! Tapi bila dah join baru tau! Seronok rupanya! Bukan budak-budak seronok! Bapak budak pun seronok! Hahaha. Banyak benda yang dibelajar kat sini. Kalau kita kreatif memang mudah nak kaitkan sains dengan anak-anak kita. Banyak benda sekeliling yang boleh kita tunjuk dan ajar dan bermain dengan anak-anak kita. Contoh mudah, kita boleh buat eksperimen dengan menguji jisim dan bentuk sesuatu objek seperti menggunakan bola pingpong, aluminium foil, guli, air dan sebagainya. Aluminium foil jika direnyukkan ia akan tenggelam, tapi jika kita buat bentuk kapal ia tidak tenggelam, tetapi jika diletakkan guli satu persatu didalamnya, ia akan tenggelam. Di sini kita boleh ceritakan pada anak-anak kita kenapa ia terjadi. Setiap kejadian tu kita boleh kaitkan dengan kebesaran Allah. Secara tidak langsung anak-anak kita akan mengagumi setiap benda yang dicip...

Mari membuat karipap bersama si kembar tiga Auni!!

Imej
Aktiviti hari cuti minggu lepas... buat untuk berbuka... Tanpa membuang masa lagi.. marilah kita mulakan!! Jom!! Ceewahh!! Mula mula.... cucuk dengan gunting! Lepas tu... kasi gelek... gelekkk! gelekkkkk!!!! Kasi tebar!! Ok! ini abah yang buat! hehehe Lepas tu bubuh inti dan kelimkan dia... Lepas tu.. goreng... Tadaaaa!! Dah siap!! Cepat kan!! Sedap!! Aaa.... nak resipi? Klik kat sini Blog Pak Cik Mat Gebus yang tengah hot sekarang nih!!! Korang takkan menyesal kalau nak cari resipi untuk berbuka ke bersahur nanti!! Abah takmo buka blog dia sekarang nih.. BAHAYA Ko!!! Tergugat perut! hahaha Follow my blog with Bloglovin

Bertuah punya anak! Hehehe

Situasi petang tadi.. AMRAFAHAN merayu kat Abah nak main kat luar kat taman belakang rumah dan main basikal sekali. Abah dah beritau awal-awal tak boleh sebab kaki Abang sakit luka! Ehh.. Abah tak cerita ekk kaki Abang luka... huhuhu.. nanti laa bila rajin! hahaha... Lepas tu Abah cakap dengan diorang, nak main tunggu Abah solat kejap lepas tu baru boleh main. Masa nak solat tu, si Kakak datang kat Abah kat tingkat atas. Kakak: Abah! Boleh kitorang main basikal?! Abah: (Diam sambil geleng kepala tanda tak boleh dengan buat muka serius!) Kakak: (Terus jerit ke bawah dari tangga tempat dia berdiri) ABANG!!!! Abah kata boleh main basikal!! (Lepas tu terus dia turun bawah!) Abah: (Terkedu! dan geleng kepala!) Hadoihh!! Bertuah punya kakak!!! Hahaha Kakak!! Kakak!!!

Cermin kereta retak pulak!!

Imej
Alhamdulilah, Cermin kereta nih ada insuran. Tapi kalau claim nanti akan menjejaskan NCB di masa akan datang nanti tak? Waktu nak renew roadtax nanti? Siapa ada pengalaman? Boleh share tak? Rasanya cermin depan nih kena batu waktu nak pergi kerja pagi tadi nih... Dugaan sungguh... Sedar pun bila nak balik kerja petang tadi kat parking opis... Nasib tak retak seribu waktu drive tadi! Bahaya kan!! Sabarlah wahai hati... Mesti ada hikmahnya... InsyaAllah...

Ya Allah! Kaki Amni!

Imej
Pagi kelmarin (Jumaat lepas) semasa di highway dalam perjalanan ke pejabat, Mama call Abah, menangis nangis, alamak!!! kenapa pula nih! Masa tu Abah baru jer lepas R n R Seremban, jadi takde tempat nak berhenti, suara Mama pula, putus-putus tak jelas! Abah dah tak senang duduk, kenapa pula nih! Ya Allah!! Bagilah aku ketenangan! Yang Abah dengar Mama suruh Abah balik cepat! Abah takde pilihan lain, kena keluar tol Seremban dan patah balik ke Putrajaya, alamak masa nih baru teringat, minyak tak isi lagi, lampu amaran dah kelip kelip, touch n go tak top up lagi! Abah nekad, bawa jer kereta terus, harap-harap tak habis minyak tengah highway, tol boleh pakai cash. Pasang lampu besar kereta, pasang signal kecemasan, Abah terus pecut kereta, nasib baik kereta tak banyak hala ke KL. Dalam perjalanan tu, Abah cuba call jiran depan rumah, tapi tak dapat. Lepas tu cuba call jiran lain pula, Alhamdullillah dapat, terus pesan kat dia tolong tengokkan Mama dan Amni sementara Abah nak sampai sana,...

Selamat Hari Jadi Abang Aqil!

Imej
Alhamdullillah, hari ini genap ulang tahun ke 6, kelahiran anak sulung Abah, Aqil Muhammad Rayyan Bin Huszaini. Masih teringat-ingat jeritan mama yang kuat itu masa nak melahirkan Abang! Hihihi sorry Mama!! Memang tak leh lupa!! Masa tu, Abah dapat teman Mama di bilik bersalin Hospital Putrajaya, mak mertua Abah tunggu kat kerusi luar ruang menunggu kaunter Dewan Bersalin tu. Nak cerita macam mana kuatnya Mama (betapa kuat, sabar, cekal seorang perempuan yang nak melahirkan anak!) rasanya dah ramai yang tahu, cuma Abah nak share kat sini, bila Abang dah pandai baca, Abang tahu betapa besar pengorbanan Mama. Masa tu Mama tengah teran untuk keluarkan Abang dari perut Mama, ialahkan pengalaman pertama Mama bersalin, puas doktor cakap, puan jangan jerit! Tapi teran! Baru baby keluar! Abah yang berdiri sebelah Mama pun dah dup dap dup dap. Tiba-tiba keluar satu jeritan yang amat kuat dan lahirlah Abang. Bila dah keluar tu, doktor suruh Abah tunggu di luar sementara doktor dan jururawat na...

Cara pilih Jam Tangan yang sesuai untuk Lelaki

Imej
As salam dan salam sejahtera, korang tau tak antara hadiah yang popular selalu diberi kepada seorang lelaki adalah JAM TANGAN. Sebab tu dalam post Abah yang awal-awal dulu , Abah letak jam tangan di tempat yang pertama.  Jam tangan amat disukai oleh lelaki kerana kaum Adam menganggapnya sebagai sebahagian daripada cara untuk beraksesori. Tidak kiralah sama ada korang suka analogue display yang klasik ataupun digital display yang tampak lebih moden, semuanya ada untuk anda. Jam tangan kini boleh dibeli secara online kerana terdapat banyak online shopping website Malaysia atau blogshop yang menawarkan koleksi jam tangan lelaki terdiri daripada jenama-jenama antarabangsa dan tempatan yang berpatutan harganya. Namun korang sendiri haruslah tahu jenis jam bagaimanakah yang korang suka?  Pemilihan seutas jam tangan sepatutnya berdasarkan beberapa syarat. Sebagai contoh, ramai yang lebih suka akan jam yang mempunyai rekaan lebih ringkas, versatile dan boleh dibeli dengan h...