Catatan

Ambulan datang ambil Mama!

Imej
Petang kelmarin Abah dapat mesej dari Mama. Dia beritau dia jatuh tangga tergelincir suruh Abah balik cepat. Abah dapat baca pun selepas sampai rumah lepas parking motor. Tiba-tiba teringat pula nak tengok mesej. Bila baca Abah terus dapatkan Mama, tengok-tengok dia dah terbaring kat tilam tak bergerak tapi tengah cakap dengan telefon laa.. Agaknya cakap dengan opah kot..  Bila Abah nak bawa dia pergi hospital dia kata, takpe-takpe takde apa-apa kot... uishhh... maunya tak risau dah jatuh terduduk bahawa woo... lagi laa risau... tambah-tambah lagi ada baby dalam perut Mama tuh.. dah empat bulan dah.. risau wooo... APA!! ada baby dah!! Alamak! kena tuka nama blog ker haah?? hehehehe Abah saje jer tanak cerita sebelum nih sebab Mama pesan jangan tulis kat blog.. tapi memandangkan Mama sendiri dan umumkan kat FB dia.. ahhh Abah nak cerita laa kat sini! hehehe Ok sambung balik cerita Mama jatuh. Lepas tak tau nak buat apa tu, Abah teringat jiran depan rumah Abah tu seorang jurur...

Mama kata mabok-mabok!

Haa... apa yang mabok tu? Tengok kat sini.... AMRAFAHAN yang berjoget sakan!  Bukan apa.. dalam FB Mama.. tajuk video nih Mabok2.. itu jer... hehehe Nota Kaki Abah: Err... kena ker tukar nama blog AMRAFAHAN nih? hehehe belum lagi...

Anak dara dah pandai mekap!

Imej
Err... no komen! Nak ngorat tunggu dulu yer.. dorang baru nak 4 tahun... huhuhu Kakak Kakak lagi! Muncung Mama nih! kekeke

AMRAFAHAN sekeluarga!

Imej
Maaf! Lama Abah tak update pasal AMRAFAHAN. Kebizian melampau-lampau! (alasan lapuk! hewhewhew - ketawa comel hamis jalikha !) Baru-baru ini Kelab Kembar Malaysia ada buat Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama. Diorang buat kat Taman Seri Empangan Putrajaya. Disebabkan Abah salah seorang EH JEY KEY (ajk) Abah terjoin sekali hewhewhew! kekeke Kalau korang nak tau, kami jarang dapat bergambar bersama santai macam nih! Paham-paham jerlah.. sapa nak amik gambar sapa nak jaga AMRAFAHAN, itu pun si Abang kena paksa dengan Abah sebab nak bergambar sekeluarga. Kalau tak memang dia sibuk main dengan kawan-kawan dia yang lain! Maklumlah jumpa balik geng-geng anak kembar yang lain. Tapi!! Bagus juga Abah dokong si Abang, dapatlah Abah menyorokkan sesuatu milik Abah! hewhewhew (hahaha taip sambil ketawa sebab guna hewhewhew! Abah rasa diri ini comel sangat! ~tangan kat bahu!!) Kalau korang nak tengok gambar kembar yang lain-lain bolehlah LIKE PAGE FB KELAB KEMBAR MALAYSIA pastu tengok laa p...

Anak hensem Abah!

Imej
Moga Abang jadi anak yang soleh!! Amin!! Abang aka AMR sekarang nih bersekolah kat Little Caliphs. Tiap-tiap pagi Abah akan hantar dia naik motor sebelum Abah pergi kerja. Mama hantar terus Auni Auni Auni ke taska lama, nanti balik baru Mama ambil Abang sekali!! Nota Kaki Abah: Maaf lama tak update blog!! Seminggu nih blur! Semangat tu tengah menurun... pada masa yang sama Abah rasa tak seronok sebab tak dapat update blog.. rasa macam kurang jer sebab tak dapat buat apa yang biasa kita buat... huhuhu

Tiupan Ajaib! Hembusan Misteri!

Betul! Memang terjadi betul-betul! Abah pun tak sangka! Hehehe. Tau tak korang apa dia tiupan ajaib? Ok, Abah bagi situasi. si Adik kaki dia sakit terlanggar benda. Lepas tu dapat nangis-nangis mengadu kat Abah sakit kaki... Abah amik kaki dia tu, gosok sikit-sikit lepas tu baca bismillah lepas tu tiup! Hehehe Tiba-tiba jer si Adik boleh berenti menangis! Haaa.... dah tak sakit dah! Ajaib kan!! Hebat tak Abah?!!! Hehehe Si Angah mengadu sakit mata, gatal-gatal. Abah pun tengok mata dia, baca bismillah sikit lepas tu tiup terus baik! Hilang gatal! Kejap jer.. lepas dia main kejap dia datang balik mengadu gatal. Tiup balik! Hembus laa pelan-pelan! Lepas tu terus ok! Hehehe kan ajaib kan!!! Si Kakak mengadu sakit kepala terhantuk, menangis tak berenti-renti! Abah datang pujuk gosok-gosok kepala lepas tu tiup err.. hembus kuat-kuat! Lepas berapa ketika terus diam! Dah sihat dah kepala dia! Hehehe Hebat tak?! Hebat tak Abah?! Sebenarnya anak-anak tu nak perhatian kita, kadang-kadang...

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN

Imej
Abah nak share dengan korang! Selalu Abah baca pasal nih kat Klinik Kesihatan. Alang-alang ada artikel Abah share jerlah... Cuma Abah ada kekompiusan sikit??!!!! Air zam-zam macam mana pula? Pendapat Abah, Air zam-zam itu sangat bagus tapi mungkin bukan diberi sebotol cukuplah sekadar disapukan pada bibir dan langit-langit bayi itu berserta doa. Lain orang lain pendapat yer... Selepas umur bayi tu enam bulan barulah boleh diberikan, sebab pada Abah susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi! ******************************** Gambar ihsan dari Google BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc. Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula. Semoga inf...