Catatan

Balik rumah nenek!

Update ringkas jer! Sebab Abah nak pergi hantar kereta pergi servis. Alhamdullillah, AMRAFAHAN dah selamat sampai di rumah nenek (kampung Abah) di Kota Tinggi. Kami sampai pukul 2.25 pagi tadi. Selepas Abah tidur di hentian R n R Machap selama 2 jam.. kekeke. Gerak dari Putrajaya 8.20 malam. Perrhh... 6 jam balik Johor.. orang lain semua balik Johor 3 jam 4 jam jer... hehehe Pagi tadi AMRAFAHAN berjaya menghabiskan sebotol bedak nenek yang baru beli. Haaa... habis sepah serumah! Gambar ada Abah ambil. Nanti Abah tunjuk yer! Oklah! Bye! Nak pergi tukar belting kereta!

Adik ada bey....

Petang semalam semasa berbuka, si AN aka Adik bergaduh dengan Mama. Pasal tak dapat makanan kot... tak ingat pasal apa... bila dah gaduh tu si Adik jerit laa kat Mama dia... Adik: "Taknak fren Mama! Adik ada Abah!" Mama: "Taknak fren Adik! Mama ada Abang, mama ada Angah mama ada Kakak mama ada opah..." Abah menyampuk... "Adik ada berak kan!" sebab masa tu dia berak, dia suruh Abah basuh. Abah tengah makan jadi suruh laa dia tunggu kejap.. Mama: "Mama ada Kakak, ada Angah ada Abang...." Adik: "Adik ada beyak!" Adik ada berak kan Abah kan!" Sambil peluk tangan Abah... huhuhu Adik... Adikk... comel jer.. main sebut jer yer... hehehehe

Cuti awak dibekukan!!

Imej
Boss: Huszaini, cuti awak dibekukan! Tak boleh cuti raya. Cuti awak dah tinggal 5 hari! Abah: Ok! Saya terima! dan faham! huhuhuhu... baru tadi Boss beritau Abah masa budak-budak opis tengah sibuk nak tanda bila bercuti. Huhuhu.. Abah tengok jerlah borang tu! dengan perasaan sedih! Tapi itu laa hakikatnya.. kena laa terima. Cuti Abah dah banyak guna masa pergi umrah hari tu. Ermm... sempat laa beraya dengan AMRAFAHAN sampai raya ke 3 InsyaAllah. Lepas tu dah kena balik awal dah. AMRAFAHAN dan Mama tinggal dulu kat kampung. Bila difikirkan balik, bukan Abah seorang jer yang kena bekerja pada hari raya, ramai lagi yang terpaksa bekerja di hari raya pertama dan kedua seperti doktor, jururawat, polis, askar dan ramai golongan lagi. Masing-masing kena berkorban demi mencari rezeki buat keluarga. Itulah hakikat kehidupan yang kita kena terima. Tapi Abah percaya itu semua aturan Maha Esa. Dia lebih tahu dari hambaNya ini. Korang macam mana pula? Bagi yang tak bekerja tu, mudah si...

Selesai dah majlis berbuka puasa dengan RALK

Imej
Alhamdullillah selamat dan selesai dah acara Majlis Berbuka Puasa dengan penghuni Rumah Amal Limpahan Kasih di Puchong. Seronok rasanya dapat sama-sama meraikan mereka. AMRAFAHAN tok sah cerita laa.. diorang buat tempat tu macam taska diorang jer.. lari ke sana ke mari... sampai Abah dengan Mama tak boleh kawal laa... kena tengok dengan mata jer.. perhatikan dari jauh. Errmm... sebelum buka puasa tu, si Kakak dah merengek-rengek nak air.. alamak!! Abah cakap dengan Kakak belum lagi laa Kakak.. orang belum buka puasa lagi... tapi dia terus laa menangis minta air.. ermm.. sudahnya... nak taknak Abah ambilkan segelas air bagi dia minum. Bila dah habis tu dia mintak lagi sampai 3 kali berturut-turut.. Abah bagi jerlah.. lagi pun tak isi penuh gelas tu separuh jer.. haus sangat agaknya dia tu..   Masa Abah bawa dia minum tu, Abah bawa laa ke bahagian dapur jadi jauh sikit pada orang.. tapi kat bahagian dapur tu diorang tengah susun-susun kuih... Si kakak ni nampak pula kuih apam polk...

AMRAFAHAN Bermain!! (Gambar)

Imej
Abah baru beli buku kat bawah ni. Hari tu masa AMRAFAHAN bermain kat taman belakang rumah, Abah saja laa test kamera kompak Abah. Huhuhu... semua gambar ni hasil budak baru belajar dari buku... masih banyak lagi nak kena praktis..  lagipun Abah bukan pengguna DSLR yang ada kamera kompak jer. Kalau nak ambil gambar cantik boleh tengok kat blog artis JPA nih.. hehehe pandai berDSLR budaknya!!

Bulan ini bulan dugaan buat Abah!

Imej
Hari jadi arwah Abah Hari ini hari jadi arwah Abah Haron yakni bapak kepada Abah. Dapat mesej dari mak tadi mengingatkan supaya sedekahkan Al Fatihah kepada beliau. Tiba-tiba rasa rindu datang membuatkan teringat kenangan bersama arwah Abah. Alhamdullillah hari jadi arwah Abah jatuh pada bulan Ramadhan tahun ini. Semoga arwah Abah tenang dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Doa kami anak-anak Abah dan Mak sentiasa meniti dibibir ini. InsyaAllah. Pada kita yang masih mempunyai kedua ibubapa, hargailah mereka sayangilah mereka... carilah masa dan peluang untuk berjumpa jika duduk berjauhan ataupun berdekatan.. Kita tak tau siapa yang pergi dahulu, samada kita ataupun mereka, sementara kita masih bernafas ini, luahkan perasaan sayang tu pada mereka, mohon ampun dan maaf pada mereka tidak perlu menunggu hari raya. Abah berpesan kerana Abah terkilan kurang melakukan semua tu semasa arwah Abah masih sihat, bila arwah Abah sakit barulah Abah terasa betapa sayangnya Abah pada arwah. B...

Berita sedih... kembar meninggal dunia!

Imej
Berita sedih ni di sampaikan oleh kawan Abah. Berkenaan dengar kembar.. Sama-samalah kita berdoa untuk kembar Mizs Lea Uci (ID FB), semoga baby kembarnya terus sihat InsyaAllah dan sedekahkan Al Fatihah untuk baby kembarnya yang seorang lagi telah meninggal dunia. Semoga keluarga kembar ini tabah menghadapi dugaan ini. InsyaAllah. Ini copy paste dari komen member Abah pasal cerita kembar tu... sayu hati membacanya.. ************* +zaini, oya ni. cuma nak maklumkan, kawan oya lahirkan kembar 18 julai 12 yang lalu, lepastu baby kurang berat.. seorang 1.2kg(adik) dan seorang lagi 0.8kg (abg). semalam petang jam 2, si adik meninggal kerana bleeding. future info tak pasti lagi.. setakat yang diberitahu itu je. dah selamat dikebumikan mlm tadi jam 10mlm. sekarang ni, ibu dan ayahnye tengah survive jaga yang 0.8kg (abg). sekarang baby ada di hospital JB NICU. pilu bila saat oya call si ibu, si ibu tengah pangku mayat adik dari JB untuk di bawa ke MUAR. semoga allah merahmati si ad...