Catatan

Abahhh!! Jom laa mandi!!!

Okeh! Dah beberapa kali dalam minggu nih Abah kena kejut dengan Adik lepas tu ajak Abah mandi, mula-mula tu macam malas laa sebab mengantuk sangat, tapi bila Kakak, Angah dan Adik sama-sama tarik tangan Abah ajak pergi mandi macam pagi tadi diorang buat, nak tak nak kena bangun juga laa.. Bila Abah bangun dan duduk kat tilam tu, Auni Auni Auni akan panjat peha Abah suruh dukung masuk ke bilik air... waaaaaaaaaaa........ tengah mamai-mamai tu.. kena dukung diorang.. Abah pun suruh diorang jalan jer... dekat jer pun... 4 langkah abah, 20 langkah Auni Auni Auni dah sampai dah bilik air.. hehehe... Pagi tadi diorang kejut Abah dengan pakai pampers jer, dah bersedia nak mandi. Lepas masuk bilik mandi berebut pula si Kakak dengan Angah kepala shower air panas tu, nasib laa Abah tak on lagi heater dia, masing-masing nak buat sendiri, lagi-lagi si Kakak nih! Kalau boleh semua barang dapat kat dia dulu, lepas tu buat muka nakal ketawa nakal... geram macam nak peluk jer dia masa tu.. tapi Abah...

Pesanan Ayah Arwah Faris Nur Daniel

Imej
Pesanan dari ayah kepada Allahyarham Faris Nur Daniel buat semua ibu bapa...  Buat kawan-kawan semua.... Antara perkara yang kita boleh jadikan pengajaran dari kisah Allahyarham Faris Nur Daniel... 1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc...... That might be the last night that he/she does that. ... 2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something. 3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak. 4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active. 5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats. ...mgkin blh jd panduan buat kita semua... Sumber: FB ...

Ehh!! Birthday awak ke?!!

Imej
Err.... Baru dapat online malam nih!... Selamat Hari Lahir Awak!!! hehehehe... cam hape jer wish kat diri sendiri!! hahaha!!! Terima kasih pada rakan-rakan di FB dan alam maya yang sudi wish birthday pada Abah! Tua dah! Ten + Ten + Ten + Four = Tententenporr!!!!!!!

Adik tercedera!

Imej
Pada Sabtu lepas, si AN a.k.a Adik telah tercedera. Abah pun tak tau macam mana adik boleh tercedera. Masa kejadian tu, Abah tengah ambil wuduk dalam bilik air bawah, Mama pula tengah mandikan Auni err Auni apa tak ingat hehehe... kat bilik air atas. Masa tu si Adik masih dibawah lagi tengok TV. Lepas Abah keluar dari bilik air tu, tiba-tiba Mama menjerit panggil Abah, ingatkan kenapa, lepas tu Mama beritau, adik jatuh tangga dan berdarah kat dagu. Abah pun cepat-cepat naik ke bilik tengok si Adik. Tengok darah banyak juga keluar, tapi Adik dah berhenti menangis, kuat betul semangat anak Abah nih! Mula-mula tu Abah macam panik sekejap tak tau nak buat apa, lepas tu baru teringat ada First Aid Kit dalam stor, Abah turun cepat-cepat ke stor, tapi cari-cari tak jumpa, teringat pula ada 1 kit standby dalam kereta, terus Abah pergi ambil dan bawa ke atas cepat-cepat! Risau juga kalau darah Adik keluar banyak.. Bila Abah tengok bawah dagu Adik ada belahan lebih kurang 1.5 cm panjangkan, M...

Untuk isteri tersayang ........

Abah dapat info ini dari Facebook, peringatan yang bagus untuk Abah menghargai Mama.. Untuk isteri tersayang ............ 1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”. 2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah” 3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”. 4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”. 5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”. 6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”. 7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)...

Rindu yang dulu-dulu!

Imej
Tiba-tiba rindu saat diorang besar nih! Hehehe.. sekarang nih dah banyak celoteh dah!! hehehe. Kalau tanya abah mana satu AF AH AN memang abah tak ingat!! Mama ingat ke haa?? Dulu kalau angkat diorang dari tilam, kena ingat ambil kat tilam warna apa! Lepas tu letak balik kat warna tu tukar! takut tertukar! hehehe... Bila ingat-ingat balik, kelakar pun ada! Bila tiga tiga Auni kena angkat... yang tukang angkat tu kena ingat kat mana tilam diorang, lagi pun Abah dan Mama tak pakaikan diorang tag ke gelang ke apa-apa tanda laa!! Cuma si AN paling senang kenal sebab dia ada tahi lalat di bahu kiri. Bila dah kenal si Adik baru laa belek mana si Kakak dengan Angah. hehehe. Tapi sampai ke hari ini.. Abah masih tersilap panggil diorang! Siap kena gelak dengan Mama... Nasib laa diorang sekarang nih dah pandai menyahut dan kenal diri kalau kita panggil nama diorang... Nanti kalau diorang dah besar pakat-pakat nak kenakan abah, habislah abah masa tuh! takkan abah nak selak baju Auni Auni A...

Takziah Sahabat!

Imej
Kawan Abah juga seorang blogger, baru kehilangan bapa tersayang pagi tadi. Moga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan syurga yang paling tinggi. InsyaAllah jenazah akan dikebumikan di Segamat selepas asar nanti. Sekarang ni jenazah dalam perjalanan ke sana dari Muadzam. Takziah Najeeb . Kuatkan semangat, tabah dan banyak-banyak sedekah AL Fatihah kepada arwah abah yer! Wakafkan sesuatu untuk arwah abah ye! Al Fatihah