Catatan

Sebelum dan selepas laaa abah!!

Imej
Kejadian nih berlaku pada 27 Nov 2011 hari tu.. lama dah... disebabkan kerajinan abah menghapdet blog.. jadi, gambar-gambar nih hampir jadi pekasam huhuhu... Masa ni hari Ahad, mama kena kerja.. jadi abah jaga laa diorang nih.. masa nih breakfast kot.. abah pun tak ingat sangat.. tapi abah buat nasi goreng telur jer.. tu jer yang pandai.. nak masak benda lain tak reti... hehehe... Abah bagi laa diorang makan.. sebab sekarang nih masing-masing semuanya nak buat sendiri... err.. kesepahan rumah abah tu harap diabaikan yer.. meh tengok aksi AMRAFAHAN makan nasi sendiri sebelum dan selepas.. haiii lahh anak... sayang korang! :)

Penjawat awam oh penjawat awam!!

Assalammualaikum... sebagai orang baru dalam gomen nih.. aku masih blur-blur dengan SBPA nih.. pening kepala baca pekeliling hehehe... bila CUEPACS kata Penjawat Awam jangan sain dulu SBPA aku salah seorang yang mengikut laa.. tunggu rundingan dengan PM dulu.. tapi kalau kena sain pun, InsyaAllah aku sain perkhidmatan sehingga umur 60 tahun... apa-apa pun tunggu hasil perbincangan CUEPACS dengan PM dulu... Moga hasilnya memberi kebaikan kepada semua pihak... PERDANA MENTERI SETUJU TANGGUH SBPA - OMAR OSMAN Utusan Malaysia 22/12/2011 12:53pm PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman. Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini...

Apa laa Abah nih!

Imej
Minggu-minggu yang lepas tak ingat berapa minggu dah... Abah bawa AMRAFAHAN pergi klinik, kasihan dekat AH yang batuk-batuk dan muntah. Muntah pun muntah lendir jer.. kasihan dia, kadang-kadang tengah tidur terjaga sebab batuk, sampai merah muka. Kalau tak silap Abah, hari tu hari Ahad dalam pukul 6 lebih. Malas nak bawa pergi Kecemasan kat Hospital Putrajaya, Abah bawa ke klinik dekat dengan rumah jer.. Yang nak di periksa tu cuma AH jer.. tapi yang lain semua nak mengikut... Haa.. bayangkan macam mana Abah bawa diorang sorang-sorang abah jer!! Huhuhuhu.. nyaris laa jadi tarzan kat area Presint Diplomatik tu.. Nak bawa diorang dari parking kereta ke klinik jaraknya sekangkang kera jer... tapi sangat mencabar minda... yang sorang nak ikut jalan lain.. yang sorang nak ikut jalan lain lagi.. yang sorang nak ikut tangga... hadoihh... nak tak nak kena laa dukung Auni Auni Auni.. suruh si Abang jalan kaki jer.. tak larat nak angkat semua.. tapi kat rumah selalu gak angkat empat empat oran...

Ratu kebaya abah!

Imej
Hari ini nak pergi sekolah mama siapkan Auni Auni Auni pakai kebaya dengan seluar jeans. Masa abah lepas solat subuh, datang laa seorang Auni yang mana satu tah abah tak ingat... Datang datang kat abah cakap "Cantikkk!!!" hehehe memang cantik cantik anak abah! Lepas tu datang seorang lagi Auni kat abah nak suruh buka baju dia, hermm tak tau kenapa nak suruh buka, siap nangis lagi. Abah pujuk laa tak bagi buka lepas tu ajak diorang semua masuk kereta. Barulah dia diam. Sampai sekolah diorang, abah ingat nak ambil gambar 3 3 orang pakai kebaya, tapi dapat ambil cuma dapat ambil gambar AH jer.. Lain kali kalau diorang pakai kebaya lagi abah ambil gambar diorang bertiga-tiga yer!

Jadi angkasawan pula?!!

Imej
Selepas Abang Aqil jadi artis hari tu.. hari yang sama dia boleh jadi angkasawan! Abah tak cakap! Tapi berita nih yang cakap! Boleh baca baca kat sini yer! Hehehe Abang kat belakang sekali tengah bagi burung makan - Sumber gambar dari sini Abah tak kisah Abang nak jadi apa bila besar nanti, asalkan kerja tu elok, baik, berguna kepada diri sendiri dan masyarakat dan yang paling penting kerana Allah SWT. Amin!

Happy 5th Anniversary Sayang!

Imej
Sedar tak sedar hari ini dah masuk tahun ke lima abah bergelar suami kepada seorang insan yang paling abah sayangi iaitu Puan Noor Hany Bt Ishak! Macam-macam suka duka yang dah kami tempuhi. Abah berharap dan selalu berdoa agar hubungan ini berkekalan hingga ke akhir hayat abah dengan izin dan berkat dari Allah SWT. Dalam tempoh 5 tahun nih, Allah kurniakan kami putera puteri puteri puteri yang comel-comel, Alhamdullillah terima kasih Allah. Walaupun sebelum dikurniakan anak sulung Mama telah keguguran 2 kali. Mama memang seorang yang kuat dan tabah errr... dan garang pada anak-anak hehehe... Teringat masa awal pernikahan dulu, kenduri di rumah abah tak dapat dibuat kerana Kota Tinggi dilanda banjir besar, sudahnya perjalanan konvoi bersama-sama sepupu abah dari Penang ke Johor terbantut disebabkan banyak jalan ditutup. Sudahnya, abah dan mama berhoneymoon beramai-ramai di Port Dickson sementara nak tunggu banjir reda. Hehehe... tak kenduri sebelah abah pun dapat honeymoon.. na...

Good Luck Abah!

Hari ini dengan besok abah ada periksa jabatan. Baru sempat study pukul 5.45 pagi tadi. Sekarang tengah tunggu nak masuk dewan!! Haii minta minta boleh jawab! Good Lu ck abah!! Huhuhu wish kat diri sendiri! Alamak dah masuk dewan! Daa Published with Blogger-droid v2.0.1