Catatan

Nabil meny'Sepah'kan Jambu

Imej
Rumah aku tak de astro, aku tengok iptv jer.. jadi takleh laa tengok Maharaja Lawak... Nasib laa zaman dah canggih boleh tengok kat youtube.. banyak dah orang upload... jadi aku tumpang tengok jer! hehehe Hehehe memang layan laa Maharaja Lawak nih... Baca tajuk entri pun tau kot aku sokong siapa.. kekeke... Saja nak simpan koleksi video diorang nih... Mula-mula kumpulan

Ngigau anak abah ni!

Aku baru lepas solat maghrib ni, sebelum tu aku tidurkan auni auni auni, senang jer bagi diorang tido, tadi mama dah buatkan susu, bagi kat diorang, diorang minum sambil golek-golek sikit, dah tidur... hehehe aku baring sebelah jer.. sambil-sambil main angry birds... Lepas aku solat masa tengah lipat sejadah, tiba-tiba aku dengar ada bunyi weeeeee... aku toleh ke tilam, tengok AH yang keluar bunyi tu.. hehehe comel jer aku rasa bunyi tu.. Bila aku datang dekat dia tak bunyi lagi dah.. hihihi Anak korang pernah mengigau tak? ker mak bapak dia yang ngigau? hehehe

Siap dah!

Imej
Baru lepas selesai bagi Auni Auni Auni makan, lepas tu mandikan, lepas tu suap kismis. Susu pun dah buat. Suka tengok diorang makan kismis... lagi lagi si AN, laju ker makan.. lepas satu, satu dia ambil.. Suka bila diorang dah habis makan lepas tu minta kat kita... "Nakkkk"!! hehehe... selagi tak dapat selagi tu sebut nak! Lepas tu bagi susu kat diorang... ermm.. diorang sekarang tengok golek-golek nak tidur kat atas... abah dia lari kejap nak update blog.. kekekeke Hari ni dah masuk hari ketiga train Auni Auni Auni guna botol yang putingnya macam kat bawah nih... apa nama tah... kalau nak detail boleh pergi sini

Ya Allah!

Imej
Ya Allah ya Tuhanku, kuatkan semangatku, tabahkan hatiku dalam hadapi ujian Mu ini. Kau Berkatilah dan Rahmatilah Ibu Bapaku, Ibu bapa mertuaku, keluargaku, adik-beradikku, saudara maraku dan sahabat handaiku... Amin Ya RabbalAlamin p/s: Mudah-mudahan dimakmulkan Allah sempena hari jumaat yang mulia ini..

Cadangan aku jer nih..

Ini hanyalah pendapat peribadi aku.. kalau tak setuju pun tak pe.. Terpulang pada masing-masing sebab blog masing-masing yang empunya.. Ini bukan teguran, cuma cadangan dari aku jer.. Aku rasa laa.. para pemblog (ganti nama pada blogger boleh? cakap melayunya hehe..) ... 1. Remove word verification (WV) tu pada ruang komen korang, tujuan WV ni untuk mengelakkan spam dari autobot yang ada kat alam maya nih, pada aku senang pada tukang komen nak komen, jadi tak perlu laa taip 2 3 kali WV nih... kadang-kadang orang jadi tensen dan malas nak komen sebab ada WV tu.. ada 2 3 kes yang aku pernah jumpa, dah lah kena taip WV lepas tu kena approval dari tuan punya blog... perhhh.. gila safety.. bagus-bagus.. tahniah yer sebab berjaya mengsekuritikan blog korang.. 2. Meletakkan URL blog di id blogger korang, kadang-kadang diorang tak perasan ke tak tau yang id blog diorang takde URL blog diorang, jadi pada aku satu kerugian jika, korang tinggalkan jejak pada blog orang, tapi orang nak...

Sheikh as-Sudais di Malaysia

Imej
Sekadar berkongsi perkara yang baik! Suara Sheikh `Abdur-Rahman bin `Abdul Aziz as-Sudais memang tidak asing bagi mereka yang gemar mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Malah, suara beliau selalu dirindui oleh ramai muslim yang pernah mengerjakan ibadah haji, kerana suara beliau selalu berkumandang mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram. - Muzir Beliau akan berada di Malaysia seperti jadual dibawah

Penjual soya ludah air jualannya!

Imej
Video ni aku dapat dari facebook. Aku tak ingat dari siapa.. Aku nak share benda ni sebelum ada antara kita yang terkena. Dari apa yang aku tengok, peniaga nih meludah ke dalam setiap air soya yang dibungkusnya... Tapi aku macam musykil la! Sebab sebelum dia meludah, dia macam berdiri sekejap lepas tu baru ludah... Ermm... dia ada baca-baca ke? Mengikut akak dalam video ni, gerai dia berhampiran dengan Maybank dan Shell Bandar Baru Bangi. Errmm kat mana yer? Tak perasan lak aku... kalau ada yang jual soya dekat-dekat area situ, elakkanlah membeli yer! Mana lah tau, terkena nanti!!