Catatan

Impianku HOT FM

Imej
Aku rasa impian brother ni sangat murni laa.. Bukan senang nak jumpa insan yang ikhlas macam ni. Dari apa yang aku baca, keikhlasan dia terpancar disitu... Terima kasih Ben Ashaari sebab sudi hebah-hebahkan benda baik ni.. Aku pun tak seberani dia.. setabah dia.. sehebat dia.. Kau orang boleh baca impian dia ni..

BerALAMANDA!

Imej
Saja bawa si Auni Auni Auni dan Aqil jalan-jalan di Alamanda Putrajaya. Pusing-pusing Alamanda dan pergi taman dia.. Ingatkan ada air pancut.. tapi tak de pun.. diorang tak on kan aa.. kalau tak mesti best tengok air! hehehe... Tak de 'beli tak boleh belah' sangat.. banyak beli belah tingkap jer.. hehehe.. Lepas satu test kamera pinjam dari anak buah.. hehehe.. mana tau ada rezeki lebih dapat laa beli kamera mahal kan.. hehehe Lagipun baru nak belajar pakai... tak reti nak 'ejas' apa-apa kat kamera tu.. semua main auto jer..

Alhamdullillah dapat dah!

Imej
Semalam petang aku dah wife aku pergi Bank Rakyat. Memang kena beratur laa.. sebab dia buka nombor giliran sampai 50 jer.. Aku sampai lebih kurang 2.30 petang lepas solat jumaat. Ingatkan tak sempat , sebab ramai betul yang beratur semalam, kita orang dapat nombor yang last-last juga laa.. Walaupun kena tunggu dari pukul 2.30 petang sampai kul 5 petang, tapi aku rasa berbaloi laa.. sebab aku pertama kali nak buat saham ni. Wife aku cuma nak tambah jer..

Arrgghh!! Tekanan!!

Tadi aku pergi Bank Rakyat, konon-konon nak beli saham BR laa.. sampai-sampai ramai gila orang dah beratur.. Ingatkan sempat laa... Tengah beratur tu, ada staff BR kata sebab hari ni Jumaat, dia hadkan nombor gilirin sampai 50 jer.. aargghh... awal-awal taknak cakap... dah ramai-ramai beratur tu tak dapat nombor... suruh datang petang nih... ramai laa yang kecewa.. yang tak tau.. sampai-sampai terus beratur.. tapi rupa-rupanya kena ambil no dulu.. Itu untuk yang beli baru saham.. yang tambah saham hantar borang jer dulu... nanti dah proses  baru dia panggil balik... Hermm.. tak tau petang nih dapat ke tak... kalau tak hari Isnin depan.. itupun kalau ada... ermm... InsyaAllah ada lah hendaknya.. Amin.. :)

Beli saham Bank Rakyat sekarang!!

Imej
Hari ni aku nak pergi Bank Rakyat dengan wife dan adik ipar aku. Bank rakyat ada buka saham dia untuk dibeli. Aku rasa ni satu peluang laa untuk kita buat pelaburan jangka masa panjang. Bank rakyat bagi 15% dividen. Banyak tu..

Bila sejuk dan kenyang!

Masuk opis pagi ni, sejuk lain macam... lepas breakfast kuew tiow goreng dan pegedil.. mata ni terus jadi berat... macam ada makhluk asing yang duduk kat kelopak mata ni tak bagi buka... Hadoii... cuba juga nak buat kerja ni.. tapi terkebil-kebil mata nih menahan mengantuk... nak kena tidur laa waktu rehat jap lagi nih... perut masih kenyang lagi nih... huaagghh!! menguap lagii!! tak payah makan tengahari lagi.. nanti jadi lagi mengantuk gamaknya...

Membebel!

Imej
Semalam wife aku ada beritau aku, dia dan budak horpis dia ada main badminton, kira training laa untuk tournament Jabatan diorang... Jadi malam ni laa wife aku pergi practice nya.. Petang tadi wife aku ambil aku di office sebab kat Parcel E parking belakang tu dah kena bayar.. gila ko! RM 1.00 sejam! Dah tu kalau bekerja, kurang-kurang 9 jam parking! Dah RM 9.00 kat situ! apa laa diorang nih.. terang-terang kat situ yang parking adalah staff gomen, boleh dikatakan 98%. Lagi mau bayar! Dah tau buat office besar-besar, parkingnya ciput!! hampeh!! marah nih!! Lepas tu letak kon laa apa laa tak bagi orang parking, parking kat basement dah sempit, luas lagi reban ayam tok aku.. eee... marahnya!! Habis nak suruh naik bas? Park n ride? Lepas tu nak terkejar-kejar ikut masa bas?! Habis nak hantar anak taska lagi, ingat taska tu boleh tunggu ke kalau datang ambil lambat anak??!!! Elok-elok naik kereta 10 minit boleh sampai, naik bas sejam baru nak sampai... buat sistem tahahapahapa!!! Tau nak...