Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Tunjuk bontot!

Abah perasan sejak seminggu dua ni, si Kakak perangai lawak dia yang ntahapahapantah!! Pagi ni dia buat lagi! Lepas Abah mandikan Kakak, Angah dan Adik, lepas lap badan depan pintu bilik air yang terbuka tu, tiba-tiba dia menonggeng tunjuk bontot dia kat Mama, Umi, Acu dan Opah (meja makan dekat dengan bilik air, diorang tengah sarapan masa tu. Ehh! Kami kat rumah opah kat Penang! ) sambil cakap yeyyey kakak dah mandi! Kakak dah mandi! Dengan muka comel dia tu! Huihh menjerit laa semua orang kat situ! Kakak! Kakak! Ikut perangai sapa lah agaknya yer!? Nak bitau korang ni, Err... Abah dulu kecik kecik baik tau! He he he

Sakit!

Hari ni Abah tak update cerita Amrafahan. Otak blur! Huhuhu. Pagi tadi tadi lepas Abah mandikan Kakak, Angah dan Adik, Abah bangun laa dari duduk kerusi kecil kat toilet tu. Tiba-tiba masa nak bangun terasa sakit kat pinggang sebelah kiri. Ingatkan tak de apa-apa jadi Abah terus laa bersiap nak pergi kerja. Masa angkat beg letak kat motor tu macam dah rasa sakit lagi. Tapi buat tak tau jer sebab nak pergi kerja dah lambat. Masa dalam perjalanan ke opis tak de laa rasa sakit sebab menunduk sikit bawa motor tu. Bila dah sampai parking motor, lepas tu tongkatkan motor, sakit makin kuat, tapi lawan juga laa cuba tak berdiri tegak. Bila angkat jer beg dari box motor terus sakit kuat sangat sampai kena duduk mencangkung sebab nak bagi lega. Adoihh masa tu tak boleh tahan dah sakit tu, ada laa makcik cleaner tu nak tulun call ambulans, ehhh Abah kata tak payah, buka tak boleh bangun pun, cuma kena jalan tunduk sikit, tapi tak boleh bawa beg sekali sebab beg laptop Abah tu berat. Abah call m...

Abah yang garang!

Semalam Abah bawa AMRAFAHAN jalan-jalan. Masa dalam kereta tu biasalah diorang akan main-main. Bila dah macam tu diorang leka main, kejap ke depan kejap ke belakang, sampai simpang Abah brek sebab nak belok, tiba-tiba Angah marah sebab dia tergolek dalam kereta, "Abah ni! Jangan laa buat Angah jatuh!" Tak pasal-pasal Abah kena marah! Hehehe Bila dah macam tak terkawal masing-masing berebut mainan, konon-konon Abah nak marah laa! Abah cakap dengan AMRAFAHAN, Abah: "Abah kira sampai 3, sapa tak duduk elok-elok, Abah gigit kaki dia!" Abah: "Satuuu!! Duaaaaaaaaa!!!" Saja laaa sebut panjang nak bagi depa duduk. Seorang pun tak duduk.  Tapi ada orang sambung lak kiraan Abah. Kakak: "3, 4, 5 dah habis dah!!!" Dengan muka selamba sambil main mainan! Adoihh!!! Tak jadi Abah marah! Terus Abah senyum sorang-sorang! Lantak laa korang! Mainlah! Abah tak marah! Hehehe

Aktiviti AMRAFAHAN pada hari cuti!

Hari Sabtu lepas, Abah bawa AMRAFAHAN naik ERL, ini bukan kali pertama diorang naik tapi kali kedua kalau tak silap bezanya dulu naik masa kecil lagi agaknya tak faham apa-apa, tapi bila bawa masa sekarang nih diorang dah boleh ingat dan enjoy laa. Pagi Sabtu tu dah keluar bersarapan ramai-ramai. Semua orang tak mandi lagi kecuali Abah! hahaha bocor rahsia Mama!! Pergi makan kat Medan Selera Seri Teja atau orang panggil Medan Payung sebab bentuk macam payung kat Presint 9, Putrajaya tu! Ada satu gerai roti canai Brother nih.. sedap dan garing roti dia! Tapi nak order kena ambil nombor giliran dulu! Masa Abah sampai tu dalam pukul 8 pagi giliran Abah yang ke 18, budak tu siap beritau kena tunggu dekat sejam baru dapat! Nak taknak kena juga laaa sebab dah sampai. Masa makan tu macam biasa laa, segala jenis kekecohan akan berlaku! hehehehe. Tapi sebab Mama garang, Abah garang sikit! kekeke dapat laa kawal AMRAFAHAN! Lepas tu balik rumah, bersiap-siap nak pergi kenduri kahwin member ...

Sambutan Ambang 2013 bersama UAI!

Abah menyampaikan pesan.. Salam Nazir/ Ajk yg dirahmati Allah , mohon dipanjangkan jemputan ini kepada para jemaah di kuliah kuliah maghrib & mimbar Jumaat nanti. Sambutan Ambang 2013 pd 31 Dec 12 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam bersama Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Haslin Bollywood, Ustaz Syed Norhisyam dan ramai tetamu jemputan khas spt Pierre Andre, pelakon Adam Hawa saudara Kamal Adli , Wan Zack Haikal pemain bola Harimau Malaya, Malek Noor dan ramai lagi. Program bersama dgn kempen Anti Zina yg mana setiap tahun bulan 9 adalah bulan yg paling ramai bayi lahir hasil 'Kerja' para remaja pada malam tahun baru setiap tahun. Sama sama kita berusaha utk membawa para remaja ini ke majlis yg berfaedah dan terkawal, Insyaallah. Saya mohon agar disampaikan pesanan / jemputan ini kepada semua. Semoga dgn usaha kecil ini dpt membantu bangsa yg kita kasihi.. Jazakallah. Jalani, PA Ustaz Azhar Idrus Sumber FB Nota Kaki Abah: Silalah hebahkan! Moga usaha kecil ini ...

Pergi Korea! Yeyy!!

Gila best dapat pergi Korea ni! Tapi bukan Abah laa.. tapi adik Abah yang baru kawin tu! Semalam dia pergi dari Singapura. Ehh lain macam pula sebut Singapura nih... biasa sebut Singapore. Hehehe Murah rezeki dia. Tak pasal pasal dapat honey moon kat Korea. Sebabnya dia pergi dengan kawan dia. Kawan dia ajak dia, jadi dia topup sikit jerlah belanja ke sana. Murah rezeki kawan dia tu. Dahlah tahun lepas dibawa ke L.A, memang rezeki dia laa. (Sila baca dalam mood tak jeles!) Huhh!! Hehehe Abah tak jeles pun! Hak hak hak! ! Dah pesan kat dia suruh beli gajet Samsung Galaxy Camera, kat sana murah kot! Tapi kirim dengan air liur jerlah! Hahaha!! Dia balik sini baru bayar! Hehehe. Tapi dia awal awal dah sound! "Orang nak jalan! Bukan nak soping!" Cettt!!! Pastu kerek dengan Abah nak pergi tempat Winter Sonata tu! Cettt!!! Tak pelah, yang penting Abah doakan dia selamat pergi dan selamat balik dengan ahli rombongan dia . Solat jangan tinggal tau Aiza!!

WW: Skype dengan Abah!

Imej
Auni Auni Auni Skype dengan Abah dan Abang masa kami balik kampung Johor! Nota Kaki Abah: Cer teka mana satu AF, AH dan AN??! hehehe

Abah! Abang nak kencing! Aramakk!!

Semalam lepas solat maghrib, Abah bawa laa AMRAFAHAN ke kedai nak beli kek sebab kat taska diorang hari ini ada buat parti harijadi beramai-ramai. Lepas pergi beli kek tu, Abah pergi Alamanda pula, malas nak bawa pergi Mydin Putrajaya walaupun dekat dengan rumah, kat Mydin tu tempat sempit pastu tak troli friendly .. eh boleh gitu ayat.. hehehe. Kalau pergi Carrefour senang sikit nak kawal diorang. Bubuh jer dalam troli empat-empat orang budak tu.. haaa.. senang laa Abah nak kawal diorang! Masa tengah sibuk-sibuk cari barang tu, tiba-tiba si Abang beritahu Abah dia nak kencing! Aramakk!! Nak taknak Abah suruh si Abang tahan kejap... si Abang tu pun tahan laa dengan muka berkerut.. lepas tu berulang-ulang kali cakap "Abah! Abang nak kencing! Cepat laa Abah! Buat laju-laju!" Abah jawab "Kejap! Kejap nak cari barang sikit lagi nih!" "Cepat laa Abah" hahaha... Abah dah pening macam mana nak buat! Nak bawa orang ramai lagi. Fikir punya fikir dapat laa idea. ...

Kembar 9 bulan dah pandai berenang!

Imej
Abah tertarik dengan cerita kembar berenang nih! Belum boleh berjalan lagi tapi dah pandai berenang!! Si Auni Auni Auni belum lagi pandai berenang.. bapak diorang jer yang pandai berenang kat kolam paras lutut si Abang! hehehe Meh baca cerita nih... ***************** Belum jalan dah pandai berenang SEPERTI ITIK DALAM AIR...William (kiri) dan Ellenita, ketika berenang di kolam. GLOUSTERSHIRE: Mereka terlalu muda untuk berjalan dan bercakap tetapi bayi kembar, William dan Ellenita Trykush boleh berenang sejauh 25 meter pada usia hanya sembilan bulan. Kembar berkenaan gemar berenang sambil menendang kaki mereka di dalam air. Dan gambar menarik ini memaparkan mereka tersenyum sambil berenang. Pencapaian itu menjadi lebih menarik memandangkan kedua-duanya dilahirkan secara caesarean enam minggu lebih awal. Bakat luar biasa pasangan kembar itu mula dilihat ketika bercuti bersama keluarga di Cyprus Oktober lalu apabila mereka mula berenang tanpa bantuan. Sekembalinya ...

Abah jadi apa?!!

Kalau Abah mandikan AMRAFAHAN atau terutamanya si Kakak, si Angah dan si Adik, masing-masing ada gelaran diri yang baru untuk diri masing-masing. Si Kakak akan cop watak Mama, jadi dia jadi Mama laa... garang ke marah orang lain pun macam Mama! hahaha kelakar jer! Si Angah pula akan jadi watak si Abang, membahasakan diri sendiri Abang, kalau Abah panggil dia Angah, dia akan betulkan, nih Abang laaa!! Macam tu juga Kakak! ni Mama lahh!! Kalau Abah salah panggil! kadang-kadang Mama panggil Kakak, Mama kecil! Dia akan jawab nih Mama besarlah!!! Eleehhh perasan jer si Kakak nih!! Si Adik ni watak dia jadi Abah, tapi jarang laa dia mengaku jadi Abah, dia lebih suka orang panggil dia Adik kalau Abah yang panggil. Tapi kalau sesama depa.. tiga budak kembar tu, si Adik akan jadi Abah. Ok, lepas Abah mandikan diorang maghrib tadi, Abah baring laa kat tilam. Bermalasan... Abah nak mandi pun tak mandi-mandi sampailah taip entri nih! hehehe.. takper.. korang tak leh bau! Lepas nih baru nak...

Syabas Malaysia!

Imej
Syabas Malaysia! Walaupun kalah 0-2 kepada Thailand bermain ditempat lawan, Abah rasa pemain Malaysia sudah memberikan aksi yang terbaik! Pada Abah game tadi oklah berdebar juga tunggu gol! Macam game final pula! Yelah.. lawan Thailand kan... antara pasukan terkuat di Asia Tenggara. Tapi malang, pihak lawan yang dapat gol! Abah rasa bukan Abah sorang jer kot yang tak puas hati dengan tindakan pengadil tadi! Ramai lagi rakyat Malaysia yang tengok mesti tak puas hati juga! Rasa macam berat sebelah pun ada! Tak pasal-pasal seorang pemain Malaysia kena buang tadi si Fadli Shas tu... (edited) Takde rezeki tahun ini untuk Malaysia mempertahankan Piala AFF Suzuki 2012. Lain tahunlah kita buru balik! Bagi sama Singapura ataupun Thailand pula! Sang Singa melawan Sang Gajah! Kita tengoklah siapa yang bawa balik Piala tu nanti!!  Syabas Malaysia! Syabas Harimau Malaya! Info lanjut perlawanan klik sini Nota Kaki Abah: Pada pendapat Abah laa.. ranking FIFA tu penting tau! Kalau ...

Makan malam yang huru hara!

Mama pergi kursus kat Ipoh, Perak. Dia sampai lambat untuk ambil AMRAFAHAN,  jadi Abah kena ambil diorang kat taska. Disebabkan Abah dari Seremban,  Abah sampai lambat ke taska. Keluar dari opis lebih kurang 5.38pm, sampai taska dalam pukul 6.35pm. Itu pun Mama dah call, cikgu taska suruh ambil. Lebih pukul 5.45pm kena caj seorang RM5. Kalau 4 budak jadi RM20 laa. Abah pun silap lupa nak beritahu cikgu Abah ambil AMRAFAHAN lambat sikit sebab dari Seremban, takpelah yang penting AMRAFAHAN selamat walaupun bayar lebih sikit tadi. Disebabkan Abah terlalu rajin nak masak, jadi Abah ajak laa AMRAFAHAN makan kat luar, makan kat kedai diorang cakap. Abah saja laa bawa kat medan selera presint 16 kat pusat kejiranan tu. Dari dalam kereta Abah dah pesan, turun kereta pimpin tangan, ermmm... sekejap jer diorang ikut arahan selebihnya semua nak jalan sendiri. Hehehe Sampai kat meja makan Abah suruh tunggu sekejap sebab kat situ semuanya self service. Baru nak gerak ke kaunter order maka...

Kisah ketabahan seorang ibu kembar!

Abah terbaca satu kisah salah seorang ibu kembar dalam FB group Dianugerahkan Kembar. Kagum dengan beliau. Abah kongsikan kisah beliau.. Puan  Rusyda Izati Azizi ****************** Kita hanya mampu merancang , tetapi Allah lebih Maha Perancang.. Saya tidak pernah merancang untuk menamatkan zaman muda saya terlalu awal, tetapi disebabkan saya sedar akan kelakuan saya sebenarnya mengundang dosa dan menarik segala keberkatan yang ada dalam hidup saya, saya mengambil jalan untuk berkahwin.. Bukan kerana kami melakukan sesuatu yang keji, tetapi sesungguhnya keluar berdua-duaan itu dah pun menjadi dosa, bercakap dengan nada romantik pun dah menjadi dosa.. Kerana diantara kami tidak ada ikatan yang sah.. Jadi salahkah saya memilih untuk berkahwin di usia awal??? Ada yang mengatakan saya gatal dan gedik, tapi saya buat perkara yang betul.. Lagipun suami saya pada waktu memang patut dah kahwin dengan usianya.. Adik-adiknya ramai yang dah kahwin..  Pasal anak pula.. Di awa...

Pesanan AMRAFAHAN pada Abah

Pagi tadi sebelum Abah pergi kerja, masa Abah nak masuk dalam kereta datang laa AMRAFAHAN kat Abah nak babai Abah. Si Abang ni sempat laa berpesan pada Abah... "Abah bangun awal tau! Jangan kencing kat tempat tidur macam Abang tau!" Adoihh!!! Abang nih! Ingatkan nak cakap apa tadi, lepas tu si Kakak pun pesan kat Abah juga "nanti jumpa lagi! Nanti Abah balik tidur dengan Kakak tau! Tidur peluk Kakak tau!" Si Angah "Kanti keluk Angah tau!" Si Adik "nanti peluk Adik tau!" Semua tiru Kakak diorang cakap! Comel jer! Abah jawab ok, dalam hati Insya Allah Abah balik kerja Abah bawa kereta elok-elok supaya selamat sampai boleh jumpa anak-anak Abah nanti! Rindu pula dengan diorang! Hehehe Nota kaki Abah: Abah dah selamat sampai kat rumah semalam! Duit RM20 tu Abah buat isi minyak kereta! Hehehe

PATI mauk pulèngg!

Alhamdulillah Abah baru habis bersukan! Bersukan laa sangat!!! Hahaha janji keluar peluh selepas beberapa tahun tak keluar peluh dengan cara macam nih! Sekarang ini dalam perjalanan balik ke Seremban dengan budak opis Abah. Insya Allah selamat, dah rindu kat AMRAFAHAN! Sampai Johor hari Jumaat lepas, malamnya Abah main bowling, alaa cuci longkang bowling kat Danga City Mall tu, kotor sangat!  Hehehe, esoknya pula Abah jadi tukang ambil gambar kawan-kawan Abah main badminton jer! Hehehe kalau Abah main nanti jadi penyebab kekalahan pasukan Abah yang sedia memang dah kalah! Mama lagi terrer main badminton jika dibandingkan dengan Abah. Huhuhu Pagi tadi pula main futsal, punya laa lama tak main futsal, kasut futsal Abah siap ada sarang labah-labah lagi!! Tapak kasut pun dah keras, siap merekah lagi! Hehehe Tapi sempat laa main 7 8 minit, itu pun rasa macam nak pecah dada! Sehinggakan seluar track suit Abah rasa longgar! Kekeke punya lah menipu nyer!! Alaa... nak tunjuk Abah dah kuru...

Abah seorang PATI!!!

Sekarang nih Abah dalam perjalanan ke Johor Bahru, ada sukan antara Jabatan, Abah jadi pesenjerrr jer.. Tu yang boleh menaip nih. Hari ni macam-macam hal jadi, tadi pagi masa nak keluar rumah,  Abah tak jumpa kunci rumah! Arghh sudah! Dah laa lambat, member Abah dah tunggu kat opis. Mama dan AMRAFAHAN dah keluar awal, Abah keluar lewat sikit. Pintu gril tak boleh buka, kunci Abah, lupa letak kat mana, agaknya tertinggal dalam kereta Mama atau tertinggal kat opis atau kat mana-mana jer! Sebab Abah seorang yang cepat lupa!! Abah cuba cari kunci pintu bahagian depan rumah pun tak jumpa juga! Arghh sudah, nak tak Abah keluar ikut pintu dapur dengan panjat tembok. Humang haii... Mau krem kaki menampung berat badan Abah yang ringan sangattt nihhh masa terjun tembok tadi! Huhuhu B ila dah boleh keluar tu , Abah cepat-cepat laa bergerak sebab member Abah dah mesej Abah nak tinggalkan Abah!! Abah bawa kereta laju sikit dari biasa.. Hehehe takut kena tinggal!! Sampai opis, Abah terus call ...

Terrer tapi bahaya!! -Video

Hai lah.. anak-anak sekarang nih... terrer macam-macam tapi pada masa yang sama sangat bahaya!!! Cuba tengok video kat bawah nih! Dari segi keselamatan, budak tu boleh dihempap peti ais tu, lepas tu boleh terkena renjatan elektrik tak pun boleh jatuh ke bawah.. haisshhh... Bila dah jadi macam tuh, kan satu hal nak bawa ke hospital bagai.. tu kalau bernyawa... kalau tak bernyawa?!! Mau nyesal tak sudah...  Kita kena perhatikan anak-anak kita nih.. kadang-kadang benda jadi sekelip mata jer.. nyesal seumur hidup... pesanan untuk diri Abah sendiri... Abah dapat dari FB sumber  klik sini Nota kaki Abah: Moga Abah tak buat perangai macam bapak dalam video nih! dan lebih berjaga-jaga dengan keadaan sekelilling... InsyaAllah Amin...

Abang = Kak Long?!

Si Abang aka AMR kepada Auni Auni Auni nih seorang yang manja, ialah baru setahun duduk dengan Mama dan Abah tetiba dapat Adik, tapi Alhamdullillah dia dah boleh terima adik adik adik dia! Malah boleh cam lagi diorang! Abah jer selalu yang fail nak cam diorang! hahaha! Apa laa Abah nih!! Cuma sekarang nih, si Abang kalau menangis, menangis macam kena dera jer! haaihss... padahal marah sikit jer.. tak pun usik sikit-sikit jer.. bila tang nangis tuh.. meraung-raung.. huwaa.. huwaaaaa huwaaa...tu belum Abah dengan Mama jadi tarzan lagi! hehehe... Nak dijadikan kisah, pagi tadi, si Kakak, Angah dan Adik dah siap mandi pakai baju siap! Si Abang nih macam biasalah dia.. baru bangun pagi.. tergolek-golek kat tilam sambil menangis sebab Mama suruh bangun mandi... Dia nangis laa huwaa.. huwaa...huwaaa... lama-lama laa... Datang si Auni Auni Auni nih... usik si Abang... masa tu Abah pun baru bangun (kantoi! hehehe) mamai mamai lagi.. baru lepas pakaikan Auni Auni Auni seluar dan baju... Si A...

Mengidam...

Imej
Sedapnyaa!! Hari tu Mama ada beli durian crepe ke apa tah nama dia... nama melayu dia apa tah! tapi yang penting Abah makan sedap laa... Memandang Abah memang suka sangat makan durian, memakan crepe durian tuh adalah sangat best! Lembut jer! First time rasa dan makan! Giler! Rasa cam jakun pulak! hahaha AMRAFAHAN pun suka makan durian crepe nih! Comot-comot mulut bila dapat makan! Si Abang makan sekali ngap jer! Mama kata kawan dia jual, 6 ketul RM10 gitulah.. memang sedap! maklumlah tu lah first durian crepe Abah makan! Tak tau lagi yang lain punya macam mana! Err.. rasa macam mengidam pula! hahaha... Mama! Belilah lagi! hehehe Gambar hiasan, Sumber En Google

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke 6, Mama!!

Alhamdullillah, hari ini genap Abah dan Mama hidup bersama selama 6 tahun! Abah berdoa agar jodoh Abah & Mama kekal hingga ke akhir hayat, dimurahkan rezeki, hidup diberkati, dapat sorang baby lelaki lagi... ehh.. hehehe... Biasalah bila berumahtangga nih tak semestinya manis sepanjang masa, kadang kala ada masam masin pahitnya, walau apa jua keadaan, InsyaAllah Abah tetap sayangkan Mama dan AMRAFAHAN sampai bila-bila!! I love You, Sayang!  Blush!! Blushh!!! hehehe  Nota Kaki Abah: Errkk... nanti nama blog nak kena tukar dah kalau ada baby lain! hehehe Mama jangan moncong moncong selalu tau! nanti dengan hidung dengan moncong tu bleh sangkut hanger! hehehe Sayang Mama sangat-sangat!! ketat-ketat!!! (Cam remaja lak bila guna perkataan ketat-ketat nih!! hehehe) Abah nyaris terlupa pasal hari ini, tapi nasib ada pakcik ini tulun ingatkan hari tu!! hehehe

Arghh!! tak boleh update blog lagi!!

Abah tak boleh nak update blog lagi! Ehhh boleh update! Cuma yang bergambar jer tak boleh upload sebab Abah dapat mesej nih!! Whoops! You're out of space. You are currently using 100% of your 1 GB quota for photos.  Upgrade storage Photos are stored in your Picasa Web Albums account and are included in your 1 GB free quota for photos. Additional storage you purchase is shared between several Google products and is in addition to your free quota.  Learn more Ermm... nampak gaya kena upgrade laa camnih!! huhuhu

Abah kemurungan!!

Imej
Abah rasa murung sejak nak datang kerja pagi tadi.. Masa keluar dari rumah ok lagi.. tapi dah masuk highway tadi baru rasa tak kena. Macam ada sesuatu yang tak lengkap bila nak pergi keje pagi tadi.  Abah cuba laa ingat-ingat balik dalam kereta, apa benda yang tak best tu... apa yang tertinggal?!! ermm.... apa yer... bila cek smartag ada bawa.. penting woo.. duk Lembah Klang nih boleh sampai tahap wajib kena lalu tol.. bila nak cepat lalu tol kena ada kad touch n go, nak cepat lagi kena ada smartag. Kalau takde jenuh beratur laa kat lane tunai.. walaupun 5 minit lambat tapi masa penting woo.. kalau tak kena bawa kereta laju-laju sebab nak cover balik 5 minit tuh.. huhuhu Bila Abah cek wallet, ada dalam poket.. penting gak, walaupun pulus tak berapa tebal, yang penting semua mak nenek kad ada dalam tuh! i.c lesen dan lain-lain!! Bila cek lagi.. baru laa tersedar.. tipon cap ayam laga Abah tertinggal kat rumah! huhuhu.. rasanya pagi tadi macam Abah dah ambil dan pegang, ru...

Jumpa geng kembar 3 berblog lagi!!!

Imej
Hai lah... dah tua agaknya Abah nih... terlepas pandang ada satu blog Ummi Kembar 3, baru jumpa tadi.. Ummi Kembar 3 nih ada kembar 3 tak seiras, jadi senanglah nak bezakan! Kalau macam Auni Auni Auni nih... hari-hari Abah salah panggil! Hari-hari kena gelak dengan Mama.. cuma Abah tak cerita dalam blog jer! huhuhu.. kantoi laa kalau cerita hari-hari Abah salah panggil diorang kan!! ehhhh haa.. kan dah tercerita pulak!! hahaha!!!! Ok.. Nama kembar 3 nih Leia (Kakak), Raid (Abang) dan Dhia (Adik). Yang bestnya blog Ummi ni bahasa omputih! jenuh Abah nak paham! hahaha... (paham laa.. tapi buka kamus laa.. hahaha) EEerr... maklumlah.. dulu Abah sekolah kat england depa tak ajaq bahasa omputih nih! hehehe Meh tengok muka diorang yang Abah cilok dari blog Ummi diorang.. jangan marah aaa Ummi!! Ohh yer! Umur diorang dah 10 bulan pun!!!

Angah buat rumah kat Mama!

Angah memang suka main blok kayu nih! dia pandai susun-susun blok kayu nih. Selalu dia main susun tinggi-tinggi lepas tu panggil Mama ke Abah tunjuk hasil dia. Video ni Angah buat rumah untuk Mama. Ada bakat anak Abah nak jadi Arkitek nih! In sya Allah!

Yeyyy!!! Abah dah kurus! tanpa makan ubat kurus!!

Hermm.... pagi tadi Abah rasa lain macam! Sampai opis pagi tadi memang rasa lain! Apahal laa... seluar aku longgar nih! Biasa ok jer! Kerr aku dah kurus! kata Abah dalam hati.. hak hak hak!! Ermm... baru jer ehem.. ehem.. pagi tadi... tak laa banyak sangat... takkan dah boleh kurus dah?!! pelik!! pelik!! Ajaib! Minggu lepas muat jer seluar Abah nih! Hari ini longgar pula dah! Nak kata makan ubat kurus tu takdelah pula... Cuma kawal makan jer.. macam semalam pagi makan mee hoon goreng dengan kuih pastu tengahari pula makan nasi lauk ayam masak lemak nangka dengan cencaru goreng belah belakang dengan sayur taugeh bebola ikan dengan terung goreng dengan timun campur sambal belacan dengan ikan masin beserta air kaler hijau jerrr........ petang tu pula makan kuih pau sambal aka burger malaysia campur donat tiga empat keping beserta air cendul jerrrrrrr........... pelik Abah! Rupa-rupanya....

Nyenyak tidur!

Imej
Auni Auni Auni penat keletihan tak tidur petang. Masa ini baru sampai rumah Makcik Abah kat Taman Perling Johor. Tidur dari dalam kereta sampai laa kena angkat letak dalam rumah... masih nyenyak tidurnya.. :) Dari kiri.. err... Abah tak cam.. huhuhuu... Nih gaya tidur diorang yang keberapa tah! tak ingat dah! tapi kalau nak tengok gaya tidur diorang yang lain boleh klik label gaya tidur kat bawah nih hah! macam-macam ado!!

Rajin si Abang nih!

Imej
Nak buat sendiri katanya! Rajin anak Abah nih! Pandai anak Abah nih! Sekarang nih si Kakak, Angah dan Adik pun nak buat sendiri... huhuhu.. tapi Abah kena dukung diorang sebab tak sampai!

Sama tapi tak serupa!

Imej
Cuba teka apa yang beza dan apakah ia? Published with Blogger-droid v2.0.9

Al Fatihah untuk pakcik saya!

Allah lebih sayangkan pakcik Abah, Arwah Cikgu Hj Ahmad Bakri Bin Khalid. Arwah meninggal di Hospital Putrajaya jam 4.45 pagi tadi. InsyaAllah akan dikebumikan selepas zuhur nanti. Moga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin Al Fatihah... Published with Blogger-droid v2.0.9

Doakan pakcik Abah!

Imej
Mohon doa AlFatihah untuk pakcik Abah yang sedang sakit ketika ini, keadaan pakcik Abah bernama Ahmad Bakri Bin Khalid sekarang nih boleh dikatakan tidak berapa ok, kena guna oksigen sebab petang tadi nafas dia tercungap cungap. Abah panggil pakcik Abah ni Alang, abang kepada arwah ayah Abah. Bila tengok muka dia teringat Abah kat ayah Abah yang tengah sakit dulu. Alang sakit kanser hati. Arwah Ayah Abah dulu kanser kat bahagian kerongkong. Mudah mudahan Allah permudahkan segalanya. Amin. InsyaAllah. Al fatihah... Published with Blogger-droid v2.0.9

Happy Birthday Auni Auni Auni!

Imej
Hari ini hari istimewa untuk Abah sekeluarga. Hari ini Birthday AFAHAN yang ketiga. Moga anak anak anak Abah jadi anak yang solehah dan insan berguna pada masyarakat. Tiada sambutan istimewa kerana kami sekarang nih nak balik ke Putrajaya dari rumah nenek di Kota Tinggi. Oklah nanti cerita lagi. Nak gerak dah dari JPO nih! Published with Blogger-droid v2.0.9

Abah menikah lagi!

Imej
Hehehe.. InsyaAllah kejap lagi Abah nak menikahkan adik perempuan Abah. Nebes lak! Published with Blogger-droid v2.0.9

Balas dendam kesumat!!

Imej
Lama sangat dah tak makan roti canai. Hari ini untuk makan tak berapa tengahari ni, Abah order roti tampal + roti kosong banjir! Hehehe lepas nih kompom ngantuk! Abah ingat tengahari tadi taknak makan, tapi bila tengok gambar makanan kat FB, terus jadi lapar! Perut mula laa berkeroncong! Bila member opis ajak makan kat kantin, Abah terus 'on'! Maklumlah lapar!! Sekarang Abah sudah kenyang! Boleh sambung 'kerja' balik! Hehehe Published with Blogger-droid v2.0.9

Amaran Ribut Petir dan Hujan lebat!!

Amaran Ribut Petir dan Hujan lebat Dikeluarkan pada: 02:42pm pada 31 Oktober 2012 KEMASKINI AMARAN : Ribut petir dan hujan lebat di negeri Perlis (Kawasan Padang Besar Utara, Padang Besar Selatan dan Kangar), Kedah (Daerah Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim), Perak (Daerah Kerian, Larut,Matang&Selama, Hulu Perak, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak dan Batang Padang), Selangor (Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Klang, Sepang dan Hulu Langat), WP Putrajaya, N. Sembilan (Daerah Rembau, Seremban dan Port Dickson), Melaka (Daerah Alor Gajah), Johor(Daerah Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Pontian), Pahang (Daerah Bera, Rompin, Pekan, Kuantan dan Jerantut), Kelantan (Daerah Pasir Mas, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Jeli dan Kuala Krai), Terengganu (Daerah Kemaman), Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Beaufort, Sipitang dan Tenom), Pantai Barat (Daerah Kota Kinabalu) dan Sandakan (Daerah Kinabatangan); dan Sarawak :...

Cerita Duka dari Gangnam!

Kisah ini Abah baca kat FB SIL Abah, kita boleh ambil pengajaran dari kisah ini. InsyaAllah.  Jika memberi manfaat kongsi-kongsilah kisah ini. ************************************* via Zati Akhtar: KISAH BENAR: SECEBIS CERITA DUKA DARI GANGNAM (Kisah disebalik lagu Oppa Gangnam Style terbongkar malam tadi setelah keluar dari masjid seusai selesai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai tersebut sudah penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,"Tuan, boleh ...

Ada bakat ke?!

Imej
Rumah Opah ada mini studio milik Pakcik AMRAFAHAN iaitu Pak Caon a.k.a Uncle Caon. Tiap kali balik sini, si Abang suka masuk studio buatan sendiri oleh Uncle Caon nih! Si Abang suka main dram, gaya pegang stik tu dah ada siap ketuk dram stail silang tangan lagi. Mungkin ada bakat anak Abah sorang nih! Tapi kalau nak kata ikut Abah, memang takde laa.. Hatta bakat terendam, tenggelam memang takde langsung! Kalau orang lain boleh menyanyi lagu ikut lirik, Abah bukan menyanyi laa... Abah baca lirik tu... Tersangatlahhh flatnya suara nih! Bunyi orang baca berita pun takde lagilah bunyi orang bersajak! Memang takde bakat langsung ciri-ciri keartisan dalam diri Abah nih. Kalau orang suruh nyanyi karaoke masa kenduri ke dinner ke, Abah lebih rela basuh periuk atau berendam dalam kolam dari kena menyanyi. Karaoketusfobianalisma!!! Huhuhu Tapi kalau sebelah Mama mungkin ada kot, tapi Abah selama nih tak pernah pula berkaraoke dengan Mama. Ehhh!!! Haah ekkk!! Memang tak pernah lah! Pernah laa a...

Selamat Hari Raya Aidiladha live dari R&R Tapah Arah Utara!

Imej
Kami sekeluarga baru jer sampai R&R Tapah Arah Utara. Berenti berehat sekejap. Nak solat dulu, minum nescafe dan makan roti bakar kat Pak Tam cafe. Bergerak dari Putrajaya dekat pukul 7 petang tadi. Punya laa banyak kereta, speed pun 20km/h - 90km/h jer. Lepas tu hujan sepanjang perjalanan. Sampai R&R hujan lebat pula! 4 jam baru sampai Tapah. Nak sampai Bukit Mertajam mau lagi 4 jam agaknya campur tidur kat R&R hehehe. Abah turun sorang jer nih, Mama dan AMRAFAHAN dalam kereta kirim burger KFC. Lepas habis update blog nih, nak beli KFC pula. Ramai sangat orang sampai nak parking pun susah. Sempena hari mulia nih, Abah sekeluarga nak ucapkan kepada semua saudara mara, sahabat handai, geng kembar, sahabat FB Twitter Blog dan semua sekalilah! Selamat Hari Raya Aidiladha, moga lepas nih rezeki kita semua dapat peluang tunaikan haji pula! Rindu pula nak ke Mekah dan Madinah lagi!! Insyaallah dengan izin Nya. Aminnn... Published with Blogger-droid v2.0.9

Sekeluarga tak sihat!

Imej
Balik dari Pangkor hari tu, Abah demam dengan batuk-batuk. Kat rumah AMRAFAHAN dan Mama pun demam dan batuk. Cuti Sabtu Ahad yang lepas nih, semua orang melepek kat rumah jer. AMRAFAHAN demam bergilir-gilir. Lepas sorang, sorang lagi demam panas. Semalam si Adik demam panas. Jumpa doktor dah minggu lepas, cuma sekarang nih makan ubat yang doktor beri jerlah. Sekarang ini Abah kat Klinik Kesihatan P9, baru lepas kena x-ray dada. Dah 3 hari batuk teruk, sampai sakit dada. Abah syak macam kena jangkitan kuman, sebab dulu pernah kena. Tapi tak tau laa tunggu doktor cakap apa. Ni nak sampai no giliran ada +- 200 nombor lagi. Sabar jerlah. Walaupun kena tunggu, klinik gomen kat sini servis dia ok lagi berbanding swasta. Sebab pernah terkena, pergi 2 3 kali, caj mahal, ubat sama jer, baiknya tak juga. Tapi ini pengalaman Abah laa, korang mungkin lain. Isunya kena tunggu lama jer kalau ke klinik gomen nih. Bila Abah tengok x-ray Abah nih, macam kena pneumonia jer. Harap-harap bukan batuk ker...

Semata-mata nak mandi kolam punya pasal!!!

Imej
Hakk!! Hakk hakk!!! Seperti tajuk! Sebab Abah lupa nak bawa seluar pendek pergi ke Pangkor nih!! Sexy??!! Jangan dibayangkan!!! Karang muntah!!! Hahaha Sebab Abah suka main air, berenang!! Errr... Sepek Mata renang pun Abah lupa bawa nih... Ada yang pergi beli nih kang!!! Maklumlah niat asal berkursus di Pangkor nih, semata-mata berkursus jerr!!! Hak hak hak!!! Published with Blogger-droid v2.0.9

Ke Pangkor kita yob!

Imej
Hari ini Abah kena berkursus kat Pulau Pangkor Perak seminggu nih. Rindu dah kat AMRAFAHAN! Sebab masa Abah keluar rumah semalam diorang dah tidur. Sempat peluk cium dan berbisik pada diorang jer. Harap-harap bila diorang duduk dengan Mama, takdelah mengamuk ke apa-apa jadilah kat diorang. Risau juga sebab semalam si Kakak demam. Harap-harap sihatlah hari ni, tak jangkit yang lain. Kalau tak kesian kat Mama kena jaga sensorang. Moga Mama dapat jaga AMRAFAHAN dengan mudah, Insyaallah Mama = Supermak! :-) Published with Blogger-droid v2.0.9

Kolam mandi nih Amrafahan yang punya!!!

Imej
Tengahari tadi Abah bawa AMRAFAHAN pergi mandi kolam. Best juga kolam mandi ni, takde orang! Jadi kolam tu AMRAFAHAN yang punya! Tak ramai orang tahu kolam ni ada kat presint 2 ni, biasanya orang mandi kat presint 9. Kolam ni terletak betul-betul sebelah Menara PJH, tapi tersorok sikit, agaknya sebab tu orang tak ramai, kalau lalu jambatan Seri Wawasan tu hala ke presint 2, kolam tu terletak kat sebelah kiri selepas jambatan, masuk ikut tangga sebelah jambatan tu. Tapi masalahnya, nak parking susah, kena parking jauh sikit. Kalau nak berkelah dengan famili Abah rasa tempat tu sesuai, nak buat gathering pun boleh, ada padang kecil sebelah tu. Bolehlah nak guling-guling! Hehehe Apapun memang puas mandi! Errr... AMRAFAHAN jer... Abah tak mandi pun, cuma basahkan seluar dengan baju sikit-sikit jer... Hehehe Tak caya tengok gambar!!

Bahaya timang bayi!! Penting! Kena baca! PENTING!!

Imej
Perkongsian dari Facebook. Info ini Abah ada terbaca di Klinik Kesihatan masa bawa AMRAFAHAN check up dulu-dulu. Alang-alang dah ada artikel ni, Abah share laa dengan korang... *************** SAYANG ANAK TIMANG-TIMANGKAN Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan. Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan). Scan otak men...

Info pasal berkorban di Hari Raya Haji!

Imej
Semalam Abah dengar kuliah maghrib kat Masjid Tuanku Mizan atau dikenali sebagai Masjid Besi, Abah nak kongsi sikit ilmu yang Abah dapat semalam. Dulu masa budak-budak pernahlah belajar sebab kalau kat Johor boleh dikatakan habis sekolah akademik sessi pagi kena pergi pula sekolah agama pada sessi petang, dulu belajar ibadat, muamalat, munakahat dan jenayat guna kitab muta al baddrin, hehehe berpinor biji mata nak membaca tulisan jawi yang kecil dan rapat tuh!!! tapi bila semakin besar, ilmu tu tak diamalkan terus dilupakan. Alhamdullillah sekurang-kurang ilmu yang Abah dapat semalam mengingatkan kembali sedikit sebanyak yang Abah pernah belajar dulu. Tajuknya pasal korban hari raya haji. Antaranya yang Ustaz bitau Jika si Suami melakukan korban walaupun 1 bahagian, keluarganya iaitu isteri dan anak-anak di bawah tanggungan dia juga dapat pahala korban Tidak sah korban jika terima binatang korban dari orang bukan Islam, kita boleh terima sebagai hadiah saja Tidak digalakkan...