Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!
Entri Melekat sehingga 2 April 2011. Entri baru sila scroll ke bawah yer!
Assalammualaikum,
Untuk program jom berkelah dengan geng kembar nanti aku nak beritau barang-barang yang nak kena bawa masa tu nanti...
Saja nak ingatkan.. program ni, santai-santai jer.. takde collect apa-apa bayaran. Semua ni dengan satu tujuan nak kumpul geng kembar ramai-ramai dan makan-makan hehehe.. Disamping itu juga untuk merapatkan ukhwah sesama kita. Seronok-seronok jer tau! Ambil gambar ramai-ramai! EEeee.. sukalah aku! Excited! tak sabar!!!
InsyaAllah ada 2 3 famili geng-geng kembar dari Facebook akan join. Aku harap target nak kumpul 15 geng kembar berjaya. Mula-mula sikit-sikit dulu. InsyaAllah aku nak kumpul lagi ramai daripada ni nanti! Amin..
Ok, dari pengalaman pertama hari tu, banyak kekurangan aku dapat semasa buat perjumpaan tu, antaranya tempat berteduh semasa hujan, tandas jauh. Tempat kecil.
Aku harap untuk kali kedua ni, tempat yang kita nak pergi ni lebih selesa, ada tandas dan bilik baby, ada surau dan tempat berteduh jika hujan. Yelah, nak harapkan wakaf besar mana jer..
Okeh, ini antara cadangan aku jer, kalau nak bawa boleh tak bawa pun takpe..
- tikar
- payung
- bekas makanan mangkuk dan pinggan (polistrin)
- sudu garfu
- dan lain-lain yang korang rasa perlu
Kalau ada sesiapa birthday nya jatuh pada hari tu, minggu tu atau bulan tu, nak bawa kek makan sama-sama pun boleh, sebab makanan lain, geng-geng lain dah bawa. Ini cadangan aku jer.
Untuk air, aku akan bawa bekas air besar, kira aku sediakan air laa, air sejuk dan mineral. Air panas aku tak sediakan yer.. Sebab kat rumah aku ada bekas air yang 20 liter tu.. Bekas air polistrin tu pun aku bawa sekali. Harap korang setuju yer! Hehehe :)
Menu untuk berkelah nanti, bolehlah kau orang pilih yer, nanti tak bertindan menu sama. Ok untuk menu ni, aku cadangkan siapkan untuk 5 orang makan jer. Setiap keluarga sediakan 5 orang makan kali dengan 10 keluarga yang datang dah ada 50 makanan.. ceewaah kemain kira... gitu-gitu laa agak-agak jer.. Nak bawa lebih pun takper.. Jangan lupa bawa bekas untuk tapaw! kot-kot ada makanan lebih! :)
Menu cadangan aku, nak ikut ke tak, terpulang yer, tiada paksaan. Nama pun pot luck ye tak!
- Karipap
- Popiah
- Mee Goreng
- Kuew teow goreng
- Bihun goreng
- Nasi goreng
- Spagetti
- Kek
- Buah-buahan
- Ayam golek
- Lain-lain laa yang senang bawa. aku pun tak terpikir apa.. ada cadangan? boleh laa sembang kat entri ni yer.
Okeh, kalau nak bincang sesama kita, bolehlah bincang dekat page Facebook AMRAFAHAN tu kat ruang discussion, jadi pada yang takde id blog bleh sembang kat sana, sebab majoriti semua ada FB kan?!
Nanti, sampai Taman Seri Empangan, kita kumpul kat pintu masuk ni ye,
Kumpul sini |
Lepas tu kita jalan kaki ke wakaf sebelah taman permainan kanak-kanak. Orait?!!
Pada yang ada kamera canggih manggih tu silalah bawa yer, sebab aku takde kamera aa.. tipun punya ada aa.. huhuhu
Okeh, nanti ada apa-apa update aku bitau lagi yer!
Berdoalah pada Allah moga hari tu tak hujan dan berjalan dengan lancar! Amin..
Ulasan
saya bawak spegeti..hehe...
kalau sempat saya bawak trifle jugak...
cute mummy fara: boleh jer! mai laa datang!