Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 17, 2012

Tahukah korang App What's App kena bayar?

Imej
Haa tahu tak? Ke main guna jer.. kalau tak caya cuba cek kat bahagian setting pastu klik account info. Kat situ tunjuk tarikh expired app korang. Macam abah punya habis bulan Ogos nanti.. tak lama dah.. Memang kena bayar tapi tak mahal USD 0.99 jer. Tapi dari kena bayar, baik guna yang sentiasa percuma kan?!! Abah dah start guna app KiK. Boleh guna untuk semua OS telefon contoh Android, iPhone, symbian, Windows mobile dan BlackBerry. Kalau ada kawan-kawan kat overseas pun boleh contact guna KiK nih! Hehehe.. saja jer promote, bukan dapat apa pun, cuma nak ajak kawan-kawan Abah install KiK nih juga. Selamat Mencuba!! Nota Kaki Abah: Kalau nak add Abah boleh search nama betul Abah. Hehehe Err.. kat obersi dah popular app nih!

Gambar Ngantuk Sangat!

Imej
Post sebelum ni tak kuar Gambar laa... Abah letak gambar kat sini. Biasalah update guna tipon jer... Tu yang jadi macam-macam. Nak Baca cerita tengok kat post sebelum ni yer!

Ngantuk sangat!

< > Panas! Panas! Gambar dari oven! Hehehe. AF AH AN ikut Abah ambil barang kat Puchong, on the way balik rumah, masing-masing dah lali, sampai rumah terus Abah snap gambar diorang. Agaknya sebab kembar kot, tu yang tak kisah hempap satu sama lain. Hehehe Nota kaki Abah: Sekarang Kami on the way balik Penang. Doakan Kami selamat sampai dah selamat balik, InsyaAllah. Amin

Kelab Kembar Malaysia di TV1

Perjumpaan Kelab Kembar Malaysia kali ke 2 di Pelangi Balau Desaru Resort pada 1-3 Jun yang lepas. Barisan urusetia yang terbaik dan terbest!! Hehehe Tanpa urusetia nih, tak meriahlah program nih!! Terima kasih pada semua urusetia dan peserta yang terlibat! Nota kaki Abah: Ehh!! Apasal nama Pengerusi Kelab tu lain macam jer.. huhuhu redha jerlah sebab dah kuar kat tibi!!