Maxis ok ke tak?


Selamat tengahari!

Aku pengguna hotlink sejak 4 Dec 2004 lagi. Tadi dapat call dari maxis, tanya aku berminat tak nak pakai post paid value 50. katanya takde kontrak. lepas 3 bulan aku pakai kalau taknak sambung, boleh tukar ke prepaid balik, lepas tu dapat 500 sms free setiap bulan selama setahun. rebet rm 40 selama 3 bulan.

Dia cakap average aku guna sebulan rm42. ermm aku amik pakej hotlink 365 sebab malas nak topup selalu.


Ermm... tapi area rumah aku coverage dia cam hampeh.. kejap ada line 1 bar, kejap takde. kadang2 tengah cakap tak clear putus-putus. kena cakap kat luar rumah baru ok.

Aku ada tanya pasal broadband juga, dia offer aku pakej 3gig rn38 sebulan. free modem. tempoh percubaan 10 hari. kalau tak nak sambung boleh pulang balik modem kat maxis centre.

Apa pendapat korang? bagi sapa-sapa yang dah guna maxis boleh laa share dengan aku yer, ada caj tersembunyi ke, mahal ke, apa-apa lah..  Tulun yer kengkawan!

Sebab petang ni dia nak call aku pukul 4 nanti.

Ulasan

Feizal berkata…
kawan2, tlg la undi AMRAFAHAN kt sini...
http://buaifeizal.blogspot.com/2011/03/siapa-popular-siapa-hebat.html

kasi support skit kt abah auni yer.

p/s: Bro, mtak tlg promote skit.hehehehe..
Unknown berkata…
pasal broadband tu sebenarnya memang 10 hari pertama akan laju yang teramat sangat..pas 10 hari nak buka google pun silap2 boleh masak maggi dulu..

better pakai topup je...lebih baik
Ayu Firzara berkata…
saya guna Maxis broadband! Kat area rumah ni laju berbanding Celcom. Ikut area jugak. Rasanya better ambil yang bband tu, murahhhh sangat harga dia tu.

Yang postpaid, saya pernah pakai, Maxis bil nye mahal...walaupun tak guna sangat..now postpaid pakai Celcom jer...murah...
Tanpa Nama berkata…
Tak payah nk pakai pakej value plus internet 50 or 30. PATUTLAH XDA KONTRAK.Rupa rupanya ada caj tersembunyi...kepada pelanggan2 yg nak mencoba tu,xpayah lah ada niat nk sign up...sorry maxis,sebab u dah hampakan pengguna maxis terutamanya aku yg dh lama pakai prepaid tukar ke postpaid kata nak jimat,rupa2 aku tertipu dgn caj tersembunyi tersebut...

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!