Catatan

Cess kakak! Kenakan Abah yer!

Petang kelmarin, kakak masuk bilik lepas tu dia mengadu, sakit kaki.. Dia pun duduk depan Abah, lutut dibengkokkan mengadap Abah. Abah pun kesian laa kat dia. Abah pun layan laa dia, tanya dia sakit macam mana, sakit kat mana, pujuk dia nanti Abah sapu ubat! Kakak pun bercerita sakit kat sini.. (sambil dia tunjuk tempat sakit dia) dengan suara sedih macam nak menangis tapi belum menangis... Abah pun pegang laa kaki dia nak urut-urut buang lenguh katanya... Tengah dok urut-urut sambil dengar si Kakak ni mengadu sakit dia kat Abah, tiba-tiba terdengar satu bunyi meletup-letup yang panjang.... Huhh!! Sambil bunyi meletup-letup tu keluar, si Kakak mula-mula tersenyum lepas tu terus ketawa! Cess!!! Kakak!! Kentutkan Abah!! bertuah punya budak!! Abah pun bantai laa gelak sama!! Tiba-tiba hilang jer sakit lenguh kaki dia tuh! Hahahaha Adoilah kakak nih!!!

Percutian di Agrofarmstay menyeronokkan!! (entri gambar banyak giler)

Imej
Pada Jumaat lepas Abah bersama kawan-kawan blogger dari #KelabBloggerBenAshaari pergi bercuti di Melaka setelah menerima jemputan dari pihak AgroFarmStay . Gambar muka sendiri kecil-kecil sudah! hehehe Ini peluang keemasan Abah nak bawa AMRAFAHAN bercuti dan berseronok dengan suasana luar bandar. Kami tiba pun dah lewat tapi masih sempat untuk dengar taklimat dan makan malam! Taklimat ringkas itu disampaikan oleh En. Ahmad Bashiruddin pemilik AgroFarmStay. Dari taklimat tu, kami para blogger dah tak sabar nak tunggu untuk aktiviti seterusnya yang akan diadakan pada keesokkan harinya. Abah dan keluarga bersama 5 keluarga blogger dan blogger bujang lelaki yang lain dapat tinggal di Villa yang ada 7 bilik! Besar gila!! hahaha! Puas AMRAFAHAN berlari keliling rumah dari hall sampai laa ke dapur!! Dapur dia pun besar juga!! Seronoknya!!! hahahaha. Dalam kepada otak Abah ni, seronok kalau bawa keluarga adik beradik buat gathering ke lepak-lepak kat sini!!! Ka...